Followers

Monday, July 2, 2012

Maggie Sup

Dah dekat-dekat nak masuk Ramadhan ni lah aku pun sibuk dok ganti posa. Hampa tak ganti ka? Wei ada 9 hari lagi daa..Jenuh la posa sesesorang, ni, bangun sahur pun sorang, buka posa pun sorang. Alahai, sayu sungguh. 

Untuk petang tadi, ini saja yang dapat dihidangkan, jadilah rezeki untuk berbuka hari ni kan. Lama dah weii aku tak ngadap menda maggie ni. Aku ni sebenarnya dah band benda ni dari masuk rumah aku disebabkan kandungannya yang tak berkhasiat tu. Tapi tadi aku juga yang pi beli 5 bungkuih..Iskkkk dah teringin benar tekak ni nak makan maggie kan, apa buleh buat. Takpa, esok aku band semula..hahahha


Dah jadi kebiasaan kalau berbuka mesti kena air panas, rasa tak tahan kalau ais masuk tekak tetiba. Heee, jadi tadi aku bancuh la milo panas satu mug.Iskkk memang segar jer rasa, kena milo secawan tu pun rasa dah kenyang. Masa sok siap-siap hidangan yang tak seberapa tu, ialah kan, sesorang punya hidangan, aku teringat ada kuih talam seri muka yang lebih masa tahlil sabtu lepas, hmm bagus gak dapat manisan macam ni kan. Alhamdulillah rezeki semuanya. 


Alkisah maggie sup ni, terus terang aku katakan aku memang bukan peminat tegar maggie ni. Tak kiranya maggie sup atau maggie goreng memang aku tak gemar. Tapi hari ni memang aku nak makan maggie. Sanggup tu balik kerja tadi aku singgah jap my mydin pi cari maggie..Hahahah udah macam orang ngidam pulak yer..

Sebab nak dapatkan maggie yang lebih enak dan menarik aku buh macam-macam dalam tu, Ada ayam potongan kecik-kecik, ada fish ball dan ada tauhu goreng juga. Pastu aku leburkan sawi dua tangkai. Siap!

Tapi bila makan tetap tak kena pada tekak aku. Takmau banyak komplen aku telan jer. Tah ler tekak aku ni memang semedang tak mau dengan maggie. Apapun habis juga semangkuk aku makan. Heeeee, maybe sebab sayur sawi dan lauk-lauk tu membolehkan aku menghabiskan juga semangkuk maggie sup. Alhamdulillah tamatlah puasa aku hari ni. Esok pikir lain pula nak makan apa.




4 comments:

SABARINA said...

semalam buatkan megi utk syabeel tapi bila aku rasa sikit, huh tak sedap langsung, syabeel pon kata tak sedap makan megi dah...kalau idak dia pantang nampak iklan megi nak makan megi jer kejenya...hah pasni mesti dah tak nak makan dah tu....

Emma said...

Tah ler..teruk benar rasa maggie tu, maybee dah lama tak makan kot...Tapi kalau Danish dapat maggie goreng habis je...hari ni aku nak cari tomyam plak..hehheeh

Kazman / Sue said...

aikk... maggie ni nampak sedap ni... siap rencah tu... selamat meneruskan ganti pose.... besar pahala menanti...

Emma said...

heeee, nampak jer sedap, tapi tak berapa sedap sangat, maybe sebab pose kot, tak selera sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...