Followers

Tuesday, July 3, 2012

Kari Ayam Lobak Merah

Petang tadi buka posa dengan nasi putih dan kari ayam. Heee, hajat hati nak makan tomyam segala. Tapi memandangkan banyak bahan tomyam yang tak der , Kak-M tukar menu ke Kari Ayam. Hari ni balik lewat sikit sebab Abang ada taekwondo maka bersilat sakan kak-M di dapur nak siapkan juadah berbuka. Kalau udah lauk kari ayam, harus dengan sambal belacan dan ikan kering..kkekeke. Memandai jer tekak ni meminta.


Kari ayam kali ini ada kureng sikit. Kak-M lebih suka kari ayam bersama kentang, tapi tadi kentang habis kat kedai pak haji tu jadi kak-M leburkan jer lobak merah dan tomato dalam kari tu sebagai pengganti kepada kentang. Tapi masa berbuka tadi aduhai sungguh la tawar kari itu..Hahahaha, almaklum mak kan puasa tak leh nak rasa. Apapun habiskan dulu sepinggan nasi tu, mujur ada ikan kering buat perasa cover kari yang tawar heber tu. Selesai makan dan kemas baru kak-M alter baik kari tadi kasi umph!.

Masak kari ni memang banyak mazhab.Aha! Hangpa ikut mazhab mana? Ehehehe, ada orang letak asam ada yang tak, maka terpulang. Ada yang letak santan ada yang tak? Apapun setiap resepi ada keistimewaannya. Kak-M punya kari ini consider sebagai kari utara lah. Ada santan tapi tak letak asam, tapi kalau kari ikan memang akak letak asam jawa.


Yang seronoknya, bila masak kari ayam ni mesti habis punya. Anak kak-M memang peminat kari. Kalau tak habis makan dengan nasi , nanti adalah yang dok ulang cicah dengan paratha, atau roti benggali, heee. Seronok lah kalau masak ramai yang suka makan kan? Dan pastinya tak membazir. Kak M guna ayam yang bahagian drumstick tu, pilih yang besar-besar dan kak-M potong dua. Anak suka bahagian betis tu dan bapanya suka bahagian lututnya..ahahha, macam-macam kan selera orang. Kalau Kak-M semua bahagian pun makan. Alhamdulillah tamat sudah puasa kak-M hari ni. Esok sambung cerita lain pula ya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...