Jangkitan lagi

Akhirnya memang sah ler Ahmad Darwish kena jangkitan. Hari ni kak-M dah plan untuk emergency leave sahaja memandangkan Ahmad Darwish masih tidak sihat. Pagi-pagi bangun dia memang tak meragam langsung, tapi badannya masih lagi dedar. Kak-M bagi ubat macam biasa, pastu dia nak mandi jadi mandikan dengan Sarah Nuha sama. Tetiba adik ipar kak-M balik katanya dia tak kerja, owh elok sangat sebab kak-M memang ada tugas penting pagi ni. Kena jadi panel penilai bagi satu sesi pembentangan.

Lebih kurang jam 9.30 pagi kak-M terus ke office, mujur masih belum terlambat. Teringat hari ni Abang Danish pula sekolah till 12 noon jer. Owh sungguhlah rushing ke hulu ke hilir. Call adik ipar dirumah dan dia cakap Ahmad baru jer tidor. Jadi biarkan Ahmad tidur dulu, kak-M rush ambil Danish di sek.13. Hantar Danish ke rumah dan kak-M pusing balik ke office untuk sambung kerja lain pulak. Jam 3.30 kak-M balik rumah dan bawa Ahmad ke medical centre untuk check penyakit dia. Nuha pun ikut sama buat teman.

Sampai DEMC badannya masih dedar, jururawat terus masukkan ubat bontot, tapi Ahmad tetap lasak macam biasa, melompat berlari sana sini. Hadoii letih dok kejar dia, Mahu aku pula yang demam ni. Nurse suruh terus ke Lab untuk test darah sebab badan dia memang dah banyak ruam.

Nampak tak kat lengan dia, tompok tompok merah tahik unta...

Iskk dekat 2 jam lah juga nunggu baru dapat jumpa doktor. Doktor mengesahkan bacaan sel darah putih memang sangat  tinggi dan ini menunjukkan ada jangkitan. Check paru-paru ok je, kemudian check tekak memang nampak merah jadi doktor cakap kemungkinan besar infection tu dari tonsilnya yang dah bengkak. Alhamdulillah dia masih minum dan makan macam biasa. Doktor precribe ubat demam, calamide losyen, ubat gatal dan antibiotik. On the way balik rumah dah tertido dia dalam kereta. Daddy dah risau tunggu kat rumah. Sampai jer terus daddy angkat naik tidor kat bilik.

Semoga anak mummy ni cepat sihat. 

Penat dah dok main kejar-kejar dengan kakak Nuha kat hospital tadi

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick