Followers

Monday, July 9, 2012

Domain percuma atau berbayar? Apa kata Irfan Khairi

Pagi tadi kan, masa on way ke pejabat selepas hantar semua kanak-kanak ribena ke sekolah tu, sambil memandu kak-M ada mendengar radio. Selebriti jemputan pagi tadi ialah Irfan Khairi!. Well pernah terkenal sebagai jutawan internet termuka . Masa kak-M tahu tentang Irfan ni, kak-M masih di Manchester, United Kingdom. Masa di sana tu ada dua tiga orang pelajar di sana yang juga menceburi bidang perniagaan secara online ni. Dan ada antaranya yang pernah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Irfan.

From Google Image
Apa yang kak-M nak kongsikan di sini adalah apa yang Irfan Khairi bualkan  pagi tadi. Ianya tentang domain website site. Apa bezanya web berbayar dab web tidak berbayar? Menurut Irfan, bagi peniaga-peniaga online ni memang penting untuk dia jelajahi dunia internet tanpa sempadan ni sebaiknya kerana di dalamnya terkandung banyak rahsia tersembunyi.

Domain? Apa itu domain? Domain ni kira tapak web kita lah. Macam akak punya ni guna domain free dari blogspot. Lihat saja alamat blog tu. Hah tu ler domainnya. Macam akak yang baru nak aktif dalam dunia internet tanpa sempadan ni, guna yang free jer lah, esok luga udah ada pendapatan terumpuk kot mampu lah aku nak membayar domain mungkin boleh ler tukar domain kan.


From Google Image


Irfan kata mempunyai domain berbayar ni menampakkan perniagaan kita lebih professional sepertinya kita punya tapak rumah sendiri yang lebih stabil. Ini lebih menyekinkan pengunjung laman web kita dan menyakinkan pelanggan untuk terus berurus niaga dengan kita. Ia ibaratnya suatu penjemaannya lah juga kan. Sebagai contoh, www.redmummy.com. Hah! ko kenal ker redmummy. Kalau tak kenai cuba google. Redmummy ni ni dah popular gitu dah ada pengikut tetap. I follow gitu..hehehe. Jadi dengan domain .com ini menjadikan ianya nampak lebih brand gitu.

Memang asal usul kebanyakan blogger ni menggunakan blogspot, tetapi bila telah dikenali ramai dan punya ramai follower maka mereka akan bertukar ke domain berbayar dengan tapak web yang lebih mantap. Kelasss gitu. Jadi apa pilihan kalian? Akak ni hanya mampu yang percuma jek....tepuk dada tanya selera. Selamat berniaga dan selamat berblog!


2 comments:

SABARINA said...

ooooo paham la mokcik... tapi kita hanya suka2 ajer...jadi blom lagi rasanya nak guna domain berbayor..ate guna yg free aje meh

Emma said...

heee... free pon leh kayo gak..rezeki tu ado di mano mano yo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...