Followers

Wednesday, July 18, 2012

Dah besar anak mak

Budak dua orang ni kalau bergaduh memang bergegar rumah, mummy yang lemah lembut sopan santun pun boleh jadi tarzan....hoh! Geram kekadang dengan kerenah depa. Apapun bila dikenang kembali semuanya sangat indah. Anak-anak anugerah Allah tiada nilainya. Merekalah yang akan mendoakan kita agar sentiasa sejahtera selalu. Maka setiap kali sesudah solat kak-M tak pernah lupa mendoakan agar semua anak-anak akak dijadikan Allah sebagai anak-anak yang soleh dan solehah.Amin.

Lepas berbuka tadi, kemain rajin depa nak tolong mummy. Heee, Ntah kenapa suka bebenar. Berebut-rebut nak tolong basuh pinggan. Heeee. Alhamdulillah makin ringan tugas mummy di dapur. kakak Nuha tu memang rajin. Kekadang dia akan tolong mummy kemas hall depan, hari ni tetiba nak basuh pinggan. Bukan apa, risau juga takut terkena benda-benda tajam kan. Jadi sambil depa dok basuh pinggan tu sesekali kena jenguk juga.


Hari ni Abang Danish tetiba datang bagitau, mummy, abang dah siap homework dan dah susun buku untuk esok. MasyaAllah. Sejuk hati mummy. Syukur sangat kak-M. dalam kepenatan balik kerja, menghidangkan juadah makan malam dan berbuka, didatangi pula dengan celoteh anak yang begitu menggembirakan. Ya!Allah Sesungguhnya aku bersyukur di atas segala kurniaanMU.Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...