Birthday Party Arafian

Petang semalam, kak-M sekeluarga dijemput jiran depan rumah untuk meraikan hari lahir anaknya satu tahun. Majlis berlangsung pada jam 2.00 petang. Alhamdulillah, seronok sangat bila dapat gathering bersama jiran tetangga.

Menunya best gak, Ada Nasi tomato berlauk ayam goreng berempah, dhalca dan papadom. Ada sate  kajang, Laksa, popia basah, kuih muih serta pizza domino. Abang Danish memang enjoy makan, dia cakap sedap nasi tomato tu.


Masa mula-mula kami sampai tu memang tenang jer keadaan, best makan dalam suasana tenang nih. Dah masuk jam 3 wah! kemain ramai rakyat, sampai akak pun lari makan kat luar kot lemas kesesakan dalam rumah huhu


Ada kek angry bird okey, jenuh akak dok pegang Ahmad. Risau bebenaor takut sesaja dia pi ramai kek tu. Memang melasak tahap gaban budak Ahmad ni, Akhirnya bawa jer dia main belon kat ruang luar rumah.


Ko main ler belon tu dik, hah si Danish dok melantak DOmino pizza, itu memang hanti pizzan dapat pula peperoni, per lagi kan, makan jangan tak makan.



Dan akhirnya acara kemuncak ialah potong kek, tu ha baby Arafian yang setahun pada 1 July. Yang cun dukung dia tu kakaknya, tah lupa pula kak-M nama kakak cun tu.

Ini pula acara drum solo by Arfan iaitu adik Arafian. Wah pandainya, kecik kecik dah main drum. Hmm hebat juga dia pukul drum tu.

Alhamdulillah, kak-M bertahan sampai sini jer, pastu we all balik dah tak terlarat dok kejar Ahmad yang melasak tu. Khabarnya ada persembahan gitar juga dari kakak Arafian dan pertandingan Karaoke.Memang best majlis ni.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick