Followers

Sunday, July 22, 2012

Bihun Goreng Tawar..erkkk

Berakhir sudah puasa hari kedua. Macam mana kalian? Steady? Alhamdulillah, kami sekeluarga berbuka di rumah mertua lagi pada Ramadhan ke dua ini. Macam biasa ramai anak-anak yang puasa jadi bersemangat ketika berbuka. Kalau semalam menunya cucur udang cucur bilis, hari ini kak-M goreng bihun dan goren nasi serta sotong goreng kunyit permintaan suami


Tapikan bihun goreng akak hari ini tersangat lah tawar..heee, maklumlah orang berpuasa yang menggorengnya, tak reti nak agak masinnya. Lebih elok tawar dari terlebih masin kan?. Kalau tawar boleh jer tuangkan kicap masa nak makan tu. Heee. Tak perlah. Makan jer lah. Sarah Nuha pun makan bihun, Ok jer katanya, Siap tapau bawa balik Shah Alam lagi. Kali ni rencahnya kak-M cuma kisarkan cili kering, bawang putih dan bawang merah serta ikan bilis. Kak-M tak letakkan udang kering sebab ada orang tu kan tak makan udang kering. Tapi sebagai lauk pauknya akak letakkan ayam yang dipotong kecil-kecil serta udang basah. Udang basah ni orang tu akan tolak tepi bagi bini dia..Heee.Bukan senang tau nak memenuhi selera semua. 


Iskk sebungkuih juga goreng ni. Memang banyak jadinya dengan sawi yang berpokok-pokok tu menjadikan bihun ini sangat melambak. Mertua cakap tak per kita balas sikit kasi Mak cik Zah yang bagi kita kuih muih tu. Hmmm bagus lah gitu. saling tukar2 menu, ala-ala mesra rakyat..huhauauauaua.Menu ni juga permintaan mertua kak-M. Memang dia yang nak makan. Jam empat petang lagi dia dah keluar dengan suami kak-M nak beli sawi lah, daun sup, cili dan lain lain lah untuk bagi kak-M masak bihun tu. Maaf yer bonda, tertawar ler pula jadinya. Heeee. Apapun bila dimakan bersama sotong goreng kunyit dan cili jeruk, sedap juga. Akak cakap, eloklah makan tawar-tawar gini. Kena jaga kesihatan, Masin-masin sangat pun tak bagus kan? Heee. begitulah kisahnya berbuka di hari kedua.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...