Followers

Tuesday, July 3, 2012

Air Asam

Kak-M  tak pasti lah kat tempat hangpa depa panggil apa. Tapi kat kampung kak-M nun jauh di sana benda ni dikenali sebagai Air Asam (ayaq asam). Air asam ni dimakan bersama ikan bakar atau lain lain yang di bakar atau di panggang atau direbus. Tapi kali ni kak-M makan dengan telur dadar jer.

Bukan makan dengan pisang tau, tak perasan pula pisang tu enterframe..hehe.

Tak susah pun nak sediakan air asam ni, malah tak perlu mamasaknya pun. Untuk air asam ini kak-M cuma letak hirisan tomato, hirisan bawang besar, sedikit belacan, cili padi dan cili merah dimesin kasar, perahan limau kasturi, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan bahan-bahan tu biar sebati dan rasakan manis,manis dan masamnya.

Air asam ni kadang-kadang boleh menjadi pembuka selera. Ada orang makan macam tu jer dengan nasi. Ada orang mencicahnya dengan ulam-ulaman dan ada yang suka makan bersama daging bakar atau daging rebus. Terpulanglah pada tekak memasing. Kak-M sediakan untuk berbuka. Memang berselera makan kalau ada air asam ni.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...