Followers

Sunday, June 10, 2012

Pulau Lagenda Mahsuri

Pulau Langkawi ni juga di kenali sebagai Pulau Lagenda..Lagenda Mahsuri memang sangat terkenal serata dunia. Cuma sekarang ni memang tidak begitu menjadi sebutan. Kak-M masih ingat lagi ketika Wan Aisyah yakni keturunan ketujuh Mahsuri dapat dikesan, memang melonjak naik Pulau ini menjadi sangat terkenal. 

Abang Danish memang exited dengan cerita Lagenda ini. Tak sabar dia tunggu mummy nak cerita. Kami tiba di Langkawi pada jam 11.20 pagi dan terus cari makanan sebab dari pagi tak sarapan kan.Owh! memang tersangatlah lapar. Makan di Marry Brown Airport Langkawi. Jadi lah buat lapik-lapik perut kan. Sesambil  tu menunggu sepupu  Kak-M hantar kereta. We all sewa Nissan Serena dari sepupu kak-M. RM180 sehari. ok lah kan. kalau normal price is RM250, dah banyak jimat tu. Dah masuk barang semua dalam kereta terus ke pasaraya Billion dulu sebab nak beli susu Nuha dan Darwish. Memang kak-M bawa sikit jer nak jimat ruang dalam beg kan. Jadi di Langkawi akak beli pek kecil untuk 5 hari tinggal di sini.

Kami menginap di Chogm Villa Apartment di Langkawi. Memang best apartment ni. Kot-kot  ada yang merancang nak kesana dan nak tinggal di sini boleh jer call En Azmi di talian 019-4636256. Sewanya cuma RM300 semalam. Memang sangat selesa, Apartment ini ada 3 bilik tidur (2 bilik king size dan 1 bilik double) serta dua bilik air. Ada kolam renang (mesti kena pakai swim suit!) dan yang paling penting lokasinya berhampiran pekan Kuah.

Ini bilik tidur utama, Kak-M anak beranak kat sini. Almaklum kami kan 5 beranak jadi perlu bilik yang lebih besar. Dalam bilik ini ada satu bilik air dan cuma bilik ini yang ada wardrobe . Tapikan hanger baju memang banyak dia sedia.


 Ini pula bilik kedua. Abang ipar anak beranak di sini, Mereka berempat beranak. Kira selesa kan. Memang kak-M ada beli TOTO dua set untuk baring kat lantai. Yerlah kalau semua nak tidor atas katil memang lah tak muat.

 Ini pula bilik ketiga. Mak mertua kak-M dan kawan dia yang tidur di sini. Memang agak kecil tapi cukuplah untuk mereka berdua. Ketiga-tiga bilik tidur ni serta ruang tamu adalah berhawa dingin. Selesa beb!.

Ini pula dapurnya. Hmm amacam? Best kan? Lengkap segala. Boleh saja beli beras masak sini. Heeee. Kami siap goreng telur, dan panaskan lauk di sini. Pinggan mangkuk, cawan gelas, teko, periuk nasi, rice cooker, sandwich maker, peti ais yang sangat besar, iskk apa nak lagi..semua pun ada. Memang mudah sangat. Cuma satu jer, sampah memang kena kumpul dalam rumah dan hangkut buang kat luar kawasan apartment yang disediakan tong besar. Kalau letak jer depan apartment memang bersepah ler dikerjakan dek monyet.hehehehhe. Apapun jangan risau, monyet2 ni memang tak kacau orang.


Hmmm, ruang tamu pun sangat luas, berlari ler budak-budak dalam tu. TV LCD size 39 inch, Panasonic siap ASTRO. Cuma En.Azmi pesan jangan langgan Astro First lah muehahahahha!. Tak tersempat pun nak berastro...asik keluar jalan-jalan jer. Meja makan yang cantik, berselera kami menjamu selera..huhuh. Dari sliding door tu boleh terus ke kolam mandi. Menurut En.Azmi memang ramai orang putih  tinggal sini. Biasanya dorang akan duduk sampai 3 bulan. Terumanya ketika berlangsungnya LIMA langkawi.

3 comments:

QueeN TerataI said...

mmg cantik apartmen ni.. sya baru juga ke langkawi awal tahun aritu..

SABARINA said...

memang best giler tempat nih...ema rugi lor hang tak amik gambaq aku masa naik boyan aritu

Emma said...

Wakakaka, gambar swimming pool pun tak amik, ada ka, sila email, aku boh sini. masa tu dah pakai uniform kelawar malaih nak salin-salin..heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...