Cable Car Langkawi

Kat Langkawi ni sarapan lagi jer macam makan tengahari, kalau sarapan kat kedai Melayu memang dah boleh lunch terus..heee, Almaklum orang Selangor turun padang, nak juga cari nasi lemak. heeee. Memang ada cuma tak banyak kedai yang menjual. Hari pertama ni kami makan di Restoran Ikhwan di Jalan Pokok Asam , Kuah.

 Mujurlah anak-anak ni tak begitu cerewet. Nuha makan cakoi dan Danish makan nasi goreng. Mummy pun makan cakoi dan Daddy makan nasi lemak. Cuma Ahmad Darwish yang masih meragam sakit ulser mulut tu. Jadi bergilir kami dok dukung melayan dia.

 Mak mertua dan kawan dia makan nasi goreng juga.

Ha, kan senang, Makan jer nak, ini rezeki kita hari ini. Alhamdulillah sepanjang percutian mereka ni baik baik ajer.

Lepas makan jer kami terus ke Cable Car Langkawi. Alhamdulillah, sepupu kak-M bagi voucher maka  dapatlah kami naik free ajer. Perjalanan turun naik cable car ini cuma mengambil masa 30 minit sahaja. Kak-M dan Ahmad Darwish tak naik pun, Mak mertua dan kawan dia juga menunggu jer kat bawah, sambil minum-minum dan melayan karenah Ahmad Darwish.

Cable Car Langkawi ni terletak di Gunung Mat CIncang, Barat Laut Langkawi dan dibuka secara rasmi pada 27 Febuary 2005.  Tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur aman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.   Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysia Book of Records.  

 Inilah part yang paling membosankan, nak beratur panjang, kebetulan masa kami sampai memang tengah peak. Huih...bising juga anak-anak tak larat nak beratur. Apapun berbaliklah kepada konsep kesabaran kan...hahahahah.

 Hmmm, penuh sabar depa ni beratur

Inilah Cable Car Langkawi, yang menghubungkan antara Guning Mat Raya dan Gunung Mat Cincang. Dari atas boleh nampak satu Langkawi. Boleh nampak telaga tujuh yang telaganya bertingkat-tingkat. Memang agak seram dan gayat, Tapi ianya satu pengalaman yang sangat berharga. First time kak-M naik masa honeymoon dulu. Masa tu Cable Car ni masih baru, baru jer dirasmikan. Pengunjung pun tak begitu ramai, dan tiket pun masih murah.

 Seronok juga jalan-jalan sini dengan keadaan cuaca yang baik.

 Hmmm Daddy dengan Darwish memang tak dapat dipisahkan. heeee

 Kemain lagi Ibu Mertuaku, macam-macam dia beli

 Dah letih naik kabel Car,, kita rehat kejap depan kolam ni.
 
Macam-macam ada jual ni, cenderahati berupa keychain ni memang bersepah. Harganya boleh tahanlah. tempat pelancongan kan...

Sekitar pemandangan di Kawasan Cable car ni. Memang banyak gerai gerai jualan.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick