Beras Terbakar

Salah satu tempat yang menjadi perhatian pengunjung ialah di Beras Terbakar.  Ianya terletak  di Kampong Raja, Mukim Padang Matsirat. Luas kawasan tempat yang didapati beras terbakar itu ialah kira-kira tiga puluh kaki persegi. Dalam yang didapati tertanam dalam tanah lebih tiga kaki. 

Mengikut mitos cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Ini boleh dibuktikan iaitu seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang.

Berbalik kepada cerita beras terbakar itu, selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang. Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh.

Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut. Sumber dari   sasterarakyat-kedah.com.

Kami tiba di sini agak tengahri. Memang panas tersangat cuasanya. Pekena dulu air kelapa yang dijual di sekitar kawasan ini. Selain melihat kawasan beras terbakar ini. Di sini juga pengunjung gemar membeli belah kain batik dan minyak gamat.

 Heeee, tak habis-habis dengan peace dia. Budak ni mengekor je mummy, nak beli itu ini kan....

 Memang dah macam bazar, semua benda pun ada...

 Mintak Gamat dan Langkawi memang tak dapat dipisahkan...

Kain-kain batik sarung, kain pelikat gajah duduk ka gajah berdiri ka, tiga serangkai ka, semuanya kenalah kalian pandai tawar menawar. Kak-M beli juga sikit. Alang-alang tak sampai kan. Isk..semua benda pun ada jual di sini. COklat pun ada, mainan, kain baju , blouse perempuan, kemeja dan lain lain. Boleh kira sebagai tempat yang mesti dilawati jika anda ke Langkawi.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick