Belaian mulus di Sereniti SPA
Sekali sebut macam pusat Serenti jek..hahahaha. Tapi ini tempat sangat instimewa. Selepas dua hari tergolek dok, sebab demam selsema, batuk segala. Kak-M amik keputusan untuk pergi mengurut. Jadi seharian dok browse dengan kawan dan akhirnya kami memilih untuk ke Sereniti SPA and Beauty Centre di Seksyen 13, Shah Alam.
Tu dia, dari luarnya macam hutan rimba jer..betui ke SPA tempat ni
Ha! Betui ler tu. Tempat ni ala-ala Bali konsepnya. Dari luar lagi sudah
ku bau wanginan segala akar kayu rempah ratus..hehehhe. Pakej yang
kak-M amik ni ialah Sauna, Urut, Lulur dan mandi susu. Huh1 Udah macam
nak jadi pengantin pulak kan.
Sejuk, sunyi, aman damai jer kat dalamnya. Kalau pergi eloklah berteman dengan kawan, jadi sesama dia urut kita boleh sembang-sembangkan. Total pakej yang kak-M amik tu cuma RM180 sahaja campur 5% lagi tax. Okay lah pada kak-M. Terasa ringan sangat badan lepas rawatan ni. Yerlah sesekali apa salahnya kita membelai badan kan. heee.. Kak-M paling suka masuk sauna..huhu menitis keringat gitu. Amacam? Mau cuba?
Comments