Followers

Sunday, June 3, 2012

Air Asam

Tatau ler hangpa panggil apa makanan ni. Kalau kat kampungkak-M nun jauh di utara, kami panggilnya Air Asam. Air asam ni dimakan bersama ikan bakar atau sotong bakar atau kerang bakar dan lelain yang dibakar..huhu. Tapi air asam yang kak-M buat ni, kak-M makan bersama telur dadar jer, campur timun potong.

Jangan ingat makan air asam dengan pisang pula yer, tak perasan plak si pisang tu  enterframe sini..heee

Tak susah pun nak buat air asam ni, bahan-bahan mentah cuma, bawang besar, tomato, cili merah atau hijau, cili padi air asam jawa, perahan limau nipis, sedikit belacan, gula dan garam seckup rasa. Yang menjadikan ianya sedap adalah portion setiap bahan mentah tu. Almaklum orang pandai masak kan, aku main lebur jer agak agak, tapi biasanya memang menjadi jer setiap kali akak buat air asam ni. Pastu kalau tak habis buleh simpan peti ais, esok makan dengan benda bakar lain pula.


Petang semalam, kak-M buat agak banyak, sekali aku sorang jek yang makan.Owh! Hubby dah kenyang sebab ada jemputan majlis kat office. Tak pa eh, simpan jer lah untuk esok kan. Apa pula nak bakar untuk esok yer?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...