Dia lah Lagenda, Lagenda 1 Malaysia

Masih lagi kak-M ingat masa kak-M darjah 6 dulu, memang popular sangat lagu balik kampung nanyian Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Menjelang hari raya jer lagu tu meniti bibir setiap orang, sepanjang masa dimainkan di media media tempatan. Sehinggakan lagu tu juga dipilih untuk dipertandingkan di pertandingan nyanyian sekolah-sekolah.

Allahyarham memang lagenda. Pada kak-M dialah lagenda 1 Malaysia. Memang tiada gantinya. Semua lagu lagunya Evergreen. Sehingga sekarang tak pernah lapuk. Dan takkan mungkin lapuk dek zaman.



Dalam banyak-banyak lagu beliau, kak-M paling minat lagu Merisik Khabar, dan Salam Terakhir (lagu terkahir beliau. Memang sangat menyentuh kalbu, touching gitu.

Kak-M suka juga lagi Bercanda di pasiran pantai, nyanian Allahyarham bersama Anita Sarawak..geli hati melihatkan video clip mereka dipantai..heeee.



 Lagenda seni tanahair, Allahyarham Sudirman adalah di antara bintang kelahiran Malaysia yang telah menempa nama di dalam dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta terukir kekal di hati ribuan peminatnya sehingga hari ini.



Sempena kempen AKUASUDIRMAN, Astro dengan bangganya ingin meraikan nostalgia ini dengan lagu dan program-program menarik termasuk filem Hoore Hoore yang menampilkan seleksi karya muzik beliau yang tiada tandingan.

Sertainya di dalam Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012. Untuk maklumat lanjut boleh klik SINI dan Jangan lupa menonton filem Hoore! Hoore! dan menghayati lagu-lagu nyanyian Allahyarham Sudirman semula



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick