Followers

Friday, April 6, 2012

Pasar Malam Seksyen 7

Selama 4 tahun kak-M menetap di Seksyen 7 ni, ini lah pertama kalinya kak-M ke pasar malam..muahahahha, punya lah teruk. Bukannya apa kak-M ni jenis tak suka ke tempat yang serabut serabut. Lagi-lagi kalau payah parking..huuh tak kuasa mak!

Tapi Rabu lepas tergerak pula hati nak ke sana. Kak-M pick up Abang dari sekolah agak awal. Jadi kak-M terus jer ke tapak pasar malam tu. Alhamdulillah mudah la parking sebab peniaga pun baru mula pasang khemah dan susun barang. Maka berjalanlah berdua dengan Danish dalam cuaca yang suam-suam panas tu..huhu lencun akak berpeluh...heheheh.


Nampaknya best juga tempat ni. Kak-M paling geram melihatkan bahan-bahan metah, betapa hijaunya sayuran yang depa jual segar bugar gitu. Udang-udang yang besar, ketam yang besar dan segala macam ikan yang semuanya masih segar....hihh geram aku. Tapi tak beli pun hehehheeh


Abang dah lapar sangat, nak makan burger katanya maka belilah burger daging satu untuk dia. Kak-M beli popia goreng yang nampak sangat enak di gerai tu..rasanya tatau lah kan. Pastu abang kata nak roti bom pula..ish depanya suka sangat dengan roti bom ni, beli ler dua biji utk abang dan Nuha satu. Jalan-jalan nampak Dangai, ishh teringin pula sebab susah juga nak jumpa kuih ni..Huihh! mampuih lagu ni, nampak ni beli, nampak yu beli..jom abang kita balik terus jangan pandang belakang lagi hehhehehehe.

InsyaAllah minggu depan nak sekali lagi ke pasar malam beli bahan bahan mentah tu..agak murah jugalah kak-M rasa...jimat belanja kan?

2 comments:

Qaseeh Tolia said...

Section 7 Shah Alam ke? Tinggal mana? Saya slalu SEk 6..situ 2 kali jer pegi..Macam x best sngt

Emma said...

Memang tak berapa best sangat, tapi untuk orang macam kak-M yang tak gemar ke Pasar malam ni kira okeh lah. Pasar ni di Tapak PARAM tu just belakang belakang JAKEL juga, dekat dengan Sekolah Tamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...