Followers

Tuesday, February 7, 2012

Gold Coast Resort - A Pictureless Entry..

Seperti yang dijanjikan, Kak-M nak juga cerita percutian dua hari satu malam kami di Gold Coast Resort, Morib beberapa hari lepas. Punyalah geram dan tersangat kecewa bila tersedar yang kak-M tertinggal cemera di rumah..hadoiii habis spoil everything bila terkenangkan all the sweet moment tidak dapat di rakamkan..arhhh! Apapun you boleh goggle jer web nya.  Tapi cuti tetap cuti. Heeee yang paling gembira ialah anak anak.

Pagi Ahad lebih kurang jam 9 pagi kami dah gerak ke Klang untuk jempur mertua sekali dan abang ipar sekeluraga juga menunggu di sana. Pagi tu sarapan di Bangi Kopitiam, sungguh lah tak sedap..heee memangdangkan dah hampir jam 11.30 pagi kira brunch ler kan..kak-M makan nasi ayam Hainan lah kunun..errrkkk rsanya lebih kunyah halia dari nasinya..tapi rezeki tetap rezeki makan ku telankan aja...anak anak makan ais krim while yang lelain dengan menu masing masing.

Tiba di Morib lebih kurang jam 2 petang setelah lepak dan minum sebentar di tepi pantai Morib tu sambil beli beli kopok, sotong kering dan goreng pisang. Tiba di Gold Coast Resort pada jam 2.30 petang. MasyaAllah punyalah ramai orang. Tapi ok sebab beratur tak lama cuma nak menunggu bilik ready agak lama, Jam 3.00 baru lah dapat masuk. Wow..memang best resort ni. Bila semua dah masuk bilik masing masing then budak budak lah paling tak sabar nak main kat water park tu. terus saling baju and goooooo.

Beginilah rupanya water park kat resort ni, bukan saja budak-budak mak bapak budak pun turut berjimba-jimba disini..hahahah. Dah masuk Jam7.00 Malam water park ditutup dan naiklah kami semua dengan perut penuh kelaparan. Lepas maghrib ulalah merayau-rayau cari tempat makan dan singgahl;ah di ikan bakar tepi jalan tu..punyalah ramai orang..dah pilih-pilih menu tunggu lah kami hampir 40 minit juga sebelum makanan dihidangkan dan menunya ialah Siakap goreng cili, sotong goreng tepung, butter prawn, cencaru bakar, sayur campur dan tomyam campur. Owh memang semuanya kekenyangan..Sagat geram bila menu makan malam tak dapat dirakamkan..uwaaaaaa!.

Apapun percutian kali ini memang best. Nak lagi best jom layan 'DONT BREAK MY HEART Contest" kat SINI atau kalian lebih berminta untuk join kuiz Nestle NUTRIMA Quiz kay SINI pula

4 comments:

Kazman & Sue said...

tempat tu memang best untuk percutian seisi keluarga....

Emma said...

Betul tu..sangat seronot...

Hanif Bloglist Blog said...

tapi sayang gambar tak der...

Emma said...

tu la pasal...memang frust sangat sebab tertinggal camera....hasihhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...