Flower Arranging Contest

Jangan tak caya, pagi Sabtu lepas kak-M masuk pertandingan gubah munga..owh, dah berapa lama aku tak gubah menggunbah ni, nak pula zaman sekarang lagi ekonomi beli yang dah siap gubah. Flower Arranging books dalam lemari pun dah lama tak selak. My SIL ajak kak- M join aktiviti ni , anjuran Majlis perbandaran Klang. Yer lah..hidup ni kenalah bermasyarakat juga kan. Jadi jom lah ikut kan jer, bukannya pandai sangat pun nak menggubah segala, aku main taram cucuks saja..ahahah...okeh tempat pertama dapat RM200 kau, hah sapa nak bagi kan,, tempat kedua RM150, ketiga RM100 dan keempat hingga ke sepuluh saguhati RM50..well kak-M dapat tempat yang tak tersenarai..ahahahah, saguhati pun tarak....kui kui kui....takpa dah niat pun nak bermasyarakat kan...



Expo ni berlangsung selama dua hari 3&4 Disember. Macam-macam la ada, jualan bunga, pokok bunga, bunga orkid, baja pokok, pakaian, makanan, produk untuk berkebun dan macam-macam lagilah. Tapi Abang Danish sudah marah bila beli nugget keras macam batu. Sorry lah abang depa tak reti goreng tu. HAngit sudah.

Acara gubahan tu mula pada jam 10.30 pagi ,peserta wanita 15 orang semuanya dan peserta lelaki 13 orang. Semua keperluan untuk gubahan disediakan. Masa diberi untuk siapkan gubahan adalah 30 minit sahaja.


\Memang cantik bunga-bunga hidup ni, dah lama kak-M tak layan bunga-bunga hidup, teringat masa kat Manchester dulu, setiap dua minggu pasti akan menukar bunga di dalam pasu. Kat sana bunga hidup ni dua minggu boleh tahan. Kalau di sini dua hari sudah dujud itu bunga.

Taraaaaa!, Inilah dia sentuhan tangan kak-M, hehehehhe cantik tak? Aku rasa macam okey jer, apsal juri tu tak pilih, kak-M dengar-dengar juga dia cakap, gubahan ni tak berapa kembang, lebih tinggi ke atas..ate idak lah pula di beritahu dalam syarat-syaratnya untuk kembangkan gubahan...owh..sebenarnya tak memang tak der reseki kan. Disebabkan gubahan ini tidak berjaya memenangi mana-mana tempat maka peserta dibenarkan membawanya pulang. Ye lah kesian tak menang jadi bagi bunga bawa balik pengubat duka. Heh! me cool...syok juga aktiviti bermasyarakat ni. 


Comments

Wahhhh..Kak M....masuk peraduan gubahan munga plak...syabas...Tak pa, kali ni kalah, lain kali mesti boleh menang....
emma marini said…
hahahah, syok juga sambil gubah sambil dok sembang dgn orang kampung, ala-ala mesra rakyat gitu

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick