Facelift Toilet

Ya..berjumpa lagi kita, kembali bersiaran..Surprise! (ala-ala Eric Deco tu ) hik hik...entri kali ni khas buat seorang teman di Changlun nun. Lama dok janji dengan dia nak kongsi my new look of my toilet..ahahahh macam ler tak der ruang lain nak kongsi kan..tapi takpalah kot2 buleh bagi idea pada yang lain juga. Ubahsuai ni dilakukan pada bulan puasa tahun ini, Sebenarnya banyak juga area yang diubahsuai dan salah satunya ialah bilik air. Kak-M memang dah target nak ubahsuai toilet ni memandangkan keadaannya yang tersangatlah uzur. And till now masih lagi ada benda2 yang kak-M nak deco dalam bilik air ni..hah jangan main2 main bilik air pun perlu deco tau. Konsepnya bilik air ni kan tempat yang paling kotor dalam rumah kita, jadi kalau tempat yang paling kotor pun kita boleh jaga cuci calat merlip merlap, jadi secara langsung kita ni pembersihlah gitu..heheh betui dak..Ni kata-kata dari hubby kak-M lah yang sentiasa memastikan bilik air dalam keadaan yang menyenangkan.


Ini adalah pintu bilik air,. Pintu adalah ialah sekeping daun pintu, masa kak-M masuk rumah ni kak-M dah tukarkan kepada pintu jenis slide, tapi nampaknya pintu jenis tu tak begitu bagus sebab baru 2 tahun je pasang dah koyak sana sini. Dan akhirnya kak-M beralih kepada pintu lipat dua ni, ala2 pintu dalam kapal terbang tu, senang diurus, dan cantik . Harganya RM360 termasuk pasang. Kak-M order dari sebuah kedai di Port Klang. Semua pintu-pintu toilet di tingkat atas pun kak-M tukar kepada pintu lipat ni, cuma warna jer yang berbeza


Ini adalah wall yang kak-M paling suka. Kak-M sendiri yang pilih dan design macam ni. Kalau nak dibandingkan dengan yang dulu memang jauh langit dari bumi lah. Tapi harganya memang mahal berdengunglah, semua tiles tu kak-M beli di Klang. yang small check tu sekeping RM15.00  rasanya, border yang silver tu sekeping RM19.00 sekaki . Manakala yang tiles yang kosong tu harganya RM7.00 sekeping. Semua tile ni jenis size 2 kaki. jadi tak banyak keping lah digunakan. Apa yang tak bagus pada bahagian ini ialah wiring heater tu lupa yang cakap kontractor suruh tanam dalam konkrit atau sorok belakang tiles. Takpa lah later incik hubby usahakan.


Okeh, WC tu adalah yang sediaada, kak-M dah tukarkan dari yang asalnya warna putih, Yang ini kak-M beli di Puchong degan harga RM380 kalau tak salah ler. Jenisnya dah lupa. Okeh lihat lantainya, tile ni di beli di kedai yang sama macam tile-tile yang lain. Untuk lantai tilenya adalah saiz square kecil dan permukaan kasar sesuailah untuk bilik air yang licin kan. kak-M suka tile ni sebab keadaannya yang nampak licin berkilat walaupun dalam keadaan kering. Harganya RM4.00 sekeping.


Ini pula adalah wash hand basin yang dipasang sebelah pintu masuk toilet. WHB tu di beli di puchong alam linkungan RM300 juga lah , beli masa mula2 kak-M nak masuk rumah ni. Kali ni kak-M cuma tukarkan pili airnya sahaja, nampak barulah kan. Cermin pula di beli di IKEA, taktau ler harganya sebab itu incik hubby yang beli. Kalau ikut design asal ada few frame gantung kat dinging tu, heeee tak tersepat ahkak nak memaku gantung segala. Okay sehingga berjumpa di lain siaran...bye!

Pssst, sesapa ada tip ke cemana nak bagi bilik air sentiasa berbau harum....

Comments

SABARINA said…
saya udah rasmikan toilet ini...dijamin puas ati...dan toilet lama tu saya pernah terkurung didalamnya...huhuhuuhu
emma marini said…
wakakakakaka,, iya, saya masih ingat anda terkurung dan menagis meminta tolong ..sian awak, kali ni confirm awak selamat bila menggunakannya.
SABARINA said…
hahahaha...lebih cantik dan anggun toilet skang....kebersihan terjamin
emma marini said…
insya Allah...tanpa was was
Kak M...akhirnya dpt tgk facelift tu....suka2..color peberet kita...nanti akak hapload gmbar toilet akak plak...pilihan color kita serupa tau...heeeee, cuma tiles ja berbeza...
emma marini said…
haplod jangan tak haplod...syiok!
Cik Olive said…
haiyak..toilet pun dah mengujakan cheq nie...tatau la kalo tengok satu rumah, mau tak nak balik nnti...hahaha
Unknown said…
salam..akak saya mmg tgh survey pintu bilik air skang ni,nampaknya harga yg akak dpt murah dr yg saya dpt sblm ni,blh bg alamat kedai x?tq
email~hayati.ab.halim@gmail.com
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
emma marini said…
Ati, maaf yer, saya tak ingat nama kedai tu dan alamat pun tak ingat, yang ingat cuma lokasinya di Port Klang,
Anonymous said…
Akak nk tanye, bole sms saya bgtaw kt mane beli pintu lipat tu? My mum berkenan la.. 0126424170...
Unknown said…
boleh dapatkan contact no contractor yg buat bilik air tu tak??? yg sy dpt ni pecah marmar yg sedia ada utk bilik air & tanda (2) UPAH saje dah rm2200... tak termasuk barang... kira murah ke tu?? bilik air tak le bsr mana... hantar kat email sy ye... redchery77@gmail.com / zie47@yahoo.com .. URGENT.. macihhh :)
Ikram said…
Salam,

Boleh share tak contact kedai yg wat pintu bilik air 2 fold tuh?

Leh email kat life4hire < at > gmail.com

Terima kasih
hidayah said…
kak M, kdai ni port klang area mane?sbb saya keje di port kalng.harga kak M ni sgt murah..kalo bole bagi landmark sikit.bole tlg email di feezda@gmail.com.tq in advance
Unknown said…
salam akk..saya sofiah boleh x akk bagi alamt kedai tu dekat saya n contact no dia..saya nak survey n psang dekat rumah saya la.
Unknown said…
akak email dekat saya sopiahabdrazak@rocketmail.com
Unknown said…
salam akk..saya sofiah boleh x akk bagi alamt kedai tu dekat saya n contact no dia..saya nak survey n psang dekat rumah saya la.
emma marini said…
Masa pi dulu tu dengan suami...rasanya ada pero dua lah kat situ... mmg takningat langsung alamat dan no tokey kedai tu. Maaf yer
Amir renovation said…
Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298
Amir renovation said…
Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick