Pertandingan dukung isteri



ROCCO ANDREOZZI mendukung Kim Wasko semasa dia berlari dalam Kejohanan Mendukung Isteri di Resort River Ski Sunday, Maine kelmarin.

Macam-macam pertandingan pun ada. Kalau kes macam ni, kak-M sure tak boleh join, mahu patah riuk tulang hubby nak lari usung bini dia huingga ke hujung garisan, wakakakakak!. Apapun kak-M percaya aktiviti macam ni mampu mengeratkan lagi hungana kasih sayang suami isteri.

RESORT RIVER SKI SUNDAY, Maine - Pasangan Rocco Andreozzi dan Kim Wasko menang dalam Kejohanan Mendukung Isteri di sini, Amerika Syarikat kelmarin.
Mereka menamatkan larian terakhir dengan masa 49.64 saat manakala tempat kedua dirangkul oleh David dan Lacey Castro dengan masa 52.39 saat.
Seramai 47 peserta menyertai pertandingan itu dengan pemenang akan bertanding dalam Kejohanan Mendukung Isteri Peringkat Dunia.
Antara acara yang perlu para peserta lakukan ialah berlari mendaki bukit dan merempuh halangan kawasan yang berlumpur semasa mendukung pasangan mereka.
Pemenang pertandingan menerima cek bernilai AS$620 (RM1,956). - Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick