Kek Lapis Sarawak

Susulan dari pengesahan Jakim yang Golden Churn Butter tak lagi halal, beita kakM baca di Metro mengatakan ianya memberi kesan tragis kepada perusahan Kek Lapis Sarawak. Walaupun mereka mengesahkan bahawa tidak menggunakan butter jenis itu sehinggakan semua bahan2 memasak kek mereka samak semuanya bagi menyakinkan pelanggan, masih lagi tidak berjaya mengubah persepsi pelanggan yang kek sarawak tetap halal. Jadi kepada peminat kek Sarawak termasuk kak-M marilah kita melapis sendiri untuk raya ini. Ini petikan dari berita yang kak-M baca.

 

KUCHING: Industri kek lapis Sarawak yang sebelum ini menjana pendapatan tinggi usahawan bumiputera wanita negeri ini serta sinonim dengan imej pelancongan Sarawak kini berdepan masa depan yang gelap sehingga ada menghadapi prospek gulung tikar. Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata, walaupun jaminan sudah diberi mereka tidak menggunakan 'Golden Churn Creamy Butter' tetapi pelanggan masih mempunyai persepsi negatif terhadap produk keluaran mereka. Beliau berkata ada peniaga yang sanggup menyamak peralatan membuat kek lapis mereka bagi mengembalikan keyakinan pelanggan namun masih gagal untuk menyakinkan pelanggan Islam.

"Semalam seorang pengedar kek lapis Sarawak dari Selangor menghubungi saya menangis kerana diugut oleh seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjual akan dipenjarakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -Bernama
atau boleh juga di blog Amri-Lawak-Kelakar

 ____________________________________________________________
Jangan lupa dapatkan hadiah hari raya anda di sini.
_____________________________________________________________
Berbuka bersama Nestle
_____________________________________________________________
Mahukan sesuatu yang cantik dan istimewa untuk mata anda?


Comments

me suya said…
masalah jugak kak M.. Suya mana reti nak melapis sendiri~
Afasz said…
sedap la kek lapis ni, tp slalu jual mahal...sy dah rasa perisa horlick, cadburry, dll sedap tp mahal la...

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick