Bangunan tergantung saingi Taj Mahal

Apakah bayangan kalian akan 10 atau 20 tahun akan datang, bagaimana dengan kehidupan kita ketika itu anda ada umur kita. Macam-macam boleh berlaku. Ni ha kak-M jumpa satu rekaan futuristik yang bakan menghiasa dunia di Calcutta. Tatau ler bila akan direalisasikan.

STRUKTUR mirip stesen angkasa lepas ini memiliki 80 unit rumah kediaman.


CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan. Sekali pandang, struktur futuristik itu kelihatan tergantung di udara pada ketinggian 100 meter dari tanah. Diberi nama Atmosphere, ia sebenarnya menyambungkan dua bangunan pencakar langit. Reka bentuk struktur berkenaan yang kelihatan lebih hebat daripada bangunan Taj Mahal dihasilkan beberapa arkitek di sini. Idea untuk menghasilkan binaan tersebut diinspirasikan daripada kehidupan tradisional masyarakat Hindu. Atmosphere memiliki 80 unit rumah yang sesuai diduduki oleh pasangan berkeluarga. Antara penyertaan lain yang turut menarik perhatian sempena pertandingan berprestij itu termasuk bangunan reben coklat dan bangunan kulit kerang. – Agensi

Comments

indah.com said…
wow cantik giler bangunan nih
emma marini said…
memang giler lah....wow!

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick