Fesyen Muslimah
Zaman sekarang ni, macam macam fesyen kita lihat, tak ketinggalan muslimah kita juga tampil dengan pelbagai gaya. Ish kak-M pun salah sorang yang nak juga bergaya bagai neh. Tapi berpakaian cara muslimah ni pun kena lah pada tempat dan majlisnya. Kadang-kadang dia kata dia pakai pakaian muslimah, yer betul harus semua menutup aurat tapi kelihatannya terlalu sendat. Biar betui. Jadi tepuk dada tanya selera. jom layan antara gaya yang menarik minat kak-M.
Yang ini adalah koleksi Sri Munawarah. Tapi untuk wanita gempal macam kak-M mungkin akan nampak lebih gempal dengan feshen ni.
Yang ini juga dari Sri Munawarah, nampak lebih elegan dan sesuai untuk ke pejabat. Memang harganya agak mahal. Tapi dengan potongan dan kualitinya memang berbaloi-baloi untuk dimiliki.
Dan inilah tuan punya kedai. Punya lah lawa sepadan lah dengan produk hasilannya.
Comments
besarkanlah sikit..