Bakar Lemak
Hehehehe, mesti hampa teruja dengan tajuk di atas. Kak-M nak tanya berapa ramai di sini dalam kategori GEMOK, sila angkat tangan..hahahhha tu dia, ramai yang angkat tangan, bagus berani kerana benar..hahahaha, termasuklah kak-M yer. Zaman sekarang ni macam-macam cara orang lakukan untuk menurunkan berat badan. Kalian guna kaedah apa ya? Makan makanan kesihatan, bersenam, sauna atau mengikut rawatan diet di salun salun terkini. Kak-M pasti semuanya punya matlamat dan azam yang tinggi untuk mengurangkan berat badan. Bukan sahaja untuk kelihatan cantik tetapi juga untuk kesihatan juga. Jadi tepuk dada tanya selera.
Sebenarnya kaedah yang paling selamat dan berkesan adalah dengan bersenam mengikut jadual. Kenapa? hmmmm begini.kalian kena paham bagaimana pembakaran lemak dalam badan berlaku. Berpeluh tidak semestinya menyebabkan lemak itu terbakar. Kalau begitu dengan hanya berdiri atau berjemur di tengah panas sudah cukup untuk menurunkan berat anda. Lemak akan terbakar untuk memberikan tenaga bila diperlukan. Jadi ketika melakukan senaman, kalian menggunakan tenaga dan tenaga tu akan terus diperlukan selama anda bersenam, lemak akan membakar untuk membentuk tenaga ketika ini. Begitu juga dalam menjalankan rutin harian. Kalian pasti akan berpeluh bila melakukan kerja-kerja berat sebab ianya memerlukan tenaga. Apabila tenaga telah habis digunakan maka berlakunya pembakaran lemak untuk menambahkan lagi tenaga dan begitulah seterusnya...
amacam? petang ni joging jom...
Comments
*lari setempat pun ok gak.