Followers

Sunday, February 13, 2011

Bakar Lemak

Hehehehe, mesti hampa teruja dengan tajuk di atas. Kak-M nak tanya berapa ramai di sini dalam kategori GEMOK, sila angkat tangan..hahahhha tu dia, ramai yang angkat tangan, bagus berani kerana benar..hahahaha, termasuklah kak-M yer. Zaman sekarang ni macam-macam cara orang lakukan untuk menurunkan berat badan. Kalian guna kaedah apa ya? Makan makanan kesihatan, bersenam, sauna atau mengikut rawatan diet di salun salun terkini. Kak-M pasti semuanya punya matlamat dan azam yang tinggi untuk mengurangkan berat badan. Bukan sahaja untuk kelihatan cantik tetapi juga untuk kesihatan juga.  Jadi tepuk dada tanya selera.
Sebenarnya kaedah yang paling selamat dan berkesan adalah dengan bersenam mengikut jadual. Kenapa? hmmmm begini.kalian kena paham bagaimana pembakaran lemak dalam badan berlaku. Berpeluh tidak semestinya menyebabkan lemak itu terbakar. Kalau begitu dengan hanya berdiri atau berjemur di tengah panas sudah cukup untuk menurunkan berat anda. Lemak akan terbakar untuk memberikan tenaga bila diperlukan. Jadi ketika melakukan senaman, kalian menggunakan tenaga dan tenaga tu akan terus diperlukan selama anda bersenam, lemak akan membakar untuk membentuk tenaga ketika ini. Begitu juga dalam menjalankan rutin harian. Kalian pasti akan berpeluh bila melakukan kerja-kerja berat sebab ianya memerlukan tenaga. Apabila tenaga telah habis digunakan maka berlakunya pembakaran lemak untuk menambahkan lagi tenaga dan begitulah seterusnya...

amacam? petang ni joging jom...

10 comments:

RaRa ShAhErA said...

entry yg bgos :)

Emma said...

tq rara

LanaBusyBee said...

nak jogging, tapi xdak geng la, tu yang selalu joging kt atas tilam saja ahaha

Emma said...

lana: ahhahaah, tak pa ataih tilam pun buleh senaman, buat push up, pumping ka. ok lah tu. lagi tak kluar peluh jangan benti...ok selamat membakar lemak

khai said...

okeh2..pahni kita akan bersenam jugakkk..sbb kita kategori badan dah naik..uwaaa

nanne_manja said...
This comment has been removed by the author.
nanne_manja said...

emak ya????huhuhu..terasa kena senam jugak petang nie

Kembara Perantau said...

Kak-M makan kena catu gak ler..baru balance..klua ngan masuk kena imbang...

deem said...

lamanya x aku jogging...sure lari mcm kura2 sebab vontot dah berat huhuhu...

*lari setempat pun ok gak.

Emma said...

Memang betui Kembara, makan pun kena jaga, tapi jangan sesekali tahan lapar, kalau lapar makan saja tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...