Kerja Oh Kerja

Minggu ni memang sunyi jer office, betapa ramainya kakitangan yang amik cuti sempena CNY ni, Kak-M macam biasa tetap masuk pejabat menjalankan kerja harian. Mula-mula nak juga 'work from home' tapi kalau dok rumah mesti tak buat kerja pejabat. Adalah teringat nak masak, basuh kain, lipat kain bagai. Maka masuk juga pejabat. Suatu masa pernah juga mengeluh 'haish..bila la nak habis kerja neh' en.suami tolong jawab 'boleh habis ka kerja tu yang'...hmm sungguh la juga, mana boleh habis kan...kalau habis kerja kena berenti kerja lah alamatnya . heeeeeeeee..


Kerja apa paling mulia dimata kalian. Sebenarnya semua kerja mulia asalkan ianya dari perkara yang halal. Pada kak-M, Kak-M cukup mengagumi kerjaya sebagai seorang jururawat. Kalian bayangkan jururawat tu satu hari berapa kilometer dia dok jalan dari ward ke ward melayan karenah pesakit yang pelbagai. Kak-M pernah masuk hospital masa di UK dulu. Betapa jururawat dia professional dengan tugas mereka, tak pernah sebutir pun kemarahan keluar dari bibir mereka, sentiasa tersenyum melayani pesakit...kat Malaysia pun nampaknya jururawat kita sudah perofesional juga. Tak der lagi kena marah2. Cepatlah sembuh orang2 sakit ni...

Seorang guru juga adalah pilihan kerjaya yang baik....terutama yang ada anak2...senang nak susun percutian semasa cuti sekolah. Ilmu yang diajar dan diamalkan oleh anak murid akan sentiasa rahmat. InsyaAllah kekal dan bekalan di sana nun....

Apa pula kerjaya kalian?

_____________________________________________________________


Surprise your loved ones by buying them gifts from @Jipaban. You don't have to stress your leg going from shop to shop to find the perfect gift. It's just a click away!

Comments

nUmara... said…
haha! saye rase sume org yg bkerja, akn pikir camtu...
kdg2 tpikir macam nk jadi receptionist plak.. gasak la gaji ciput pon, janji, kerja xde drag.. ari ni pny bwk ke esok, esok bwk ke luse.. da abis bulan ni, bln depan laen plak.. huhuu.. xabeh2..
kalo jadi receptionist, jwp tepon je.. haha! *betol ke? :p
btw, saye cuti kak.. ehehhe... deret sminggu...
lyana said…
emmmm...nasib Kak M dpt misi baik...Kalau dikira2...4 org kujumpa misi yg mcm mak tiri termasuklah yg sambut babyku...emmm...nasib badan.kiki

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick