LELONG

Billy Hand Bag in Good Condition

Buat apa tu? aii.. lama korang tak melawat kak-M yer..Mana hangpa pi ha? Kak-M kebelakangan ni memang terrsangat sibuk. Hajat hati nak jer amik cuti dua tiga hari untuk rehat-rehat kat rmah. Tapikan, nampak gayanya kena kerja lah sehingga Aidil Fitri tiba.
Dah setengah bulan berpuasa. Sekarang ini tentu semua orang dok kalut ngemas rumah, buat biskut raya, pasang langsir baru. Tukar tikar baru..heeee. Dalam dok kalut sibuk dengan kerja rumah tu, mai la jenguk blog kak-M ni. Ni ha ada handbag lagik..ngeee, colour purple you. Meletops !


 Handbag ini juga adalah antara koleksi handbag kak-M dari UK. Dah tak kuasa melayan handbag benayk ni kan. Dari terperuk diam dalam lemari tu, baiklah kak-M lelongkan agar ada yang lain boleh manfaatkan. :)
Handbeg ini dari jenama Billy, pernah dengar tak? Tak pernah? Tak pa, agak mahal juga barang ini. Cantik buatanya dan design pun menarik juga. Warna purple berbunga-bunga. Sesuailah digayakan ke office atau majlis santai. Kalau dulu akak gayakan dengan baju kosong lah. sebab begnya dah berbunga kan. Ahh! apa peduli zaman sekarang dah berbeza.. pakai ler dengan gaya apa pun asalkan berpakaian..huhu.


Ada yang berminat ker? Kak-M jual dengan harga cuma RM95.00 termasuk kos penghantaran..Phewww! Aikk takkan tengok saja. Okeh Kalau berkenan boleh email akak di emmarinie@yahoo.com. Sapa cepat dia dapat.




Liz Claiborne for SALE! (SOLD)

Lama juga rasanya Kak-M tak buat lelong-long nih. Hmmm bukan tak der barang, tapi macam-macam yang yang lebih utama dari lelong-lelong ni.
Ni ada satu lagi yang kak-M nak let go. Beg ni juga kak-M dah guna beberapa kali. Kak-M beli masa belajar kat UK dulu. Cantik buatannya secantik jenamanya. Ala-ala beg cerut gitu. Warnanya dark maroon. 
Kondisinya masih elok, sesuaikan dengan dah guna beberapa kali, adalah wear and tear marks here and there. But overal kondisinya kak-M boleh katanya masih baik.
Bahagian dalamnya ada satu poket berzip dan 2 poket tanpa zip. Di kiri-kanan bahagian luarnya pula ada dua poket berbutang. Kak-M suka juga beg ni sebab ada poket mudah nak letak kunci rumah,  kunci kereta, kunci office. Hah! ko, kan ke banyak kunci nak bawa, jadi memang sesuai untuk mereka yang ada banyak kunci macam kak-M nih..heheheh. Beg ni boleh digunakan secara hobo atau sling. Ada extra tali beg   yang lebih panjang untuk sling.
Tak tau dah macam mana lagi nak describe beg tangan ni. Kot sesapa yang berminat boleh saja hubungi kak-M di email emmarinie@yahoo.com. Kak-M jual beg ini dengan harga RM90 sahaja termasuk harga pos. 

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick