Selamat Pengantin Baru untuk Nadia dan Suami

Ini cerita 2 minggu lepas. Baru hari ini kak M punya masa untuk kongsi cerita ini.
Sepupus suami kak M melangsungkan pernikahan pada 1 Jun 2015 di Masjid Sungai Udang Klang. Majlis yang serba ringkas ni sebenarnya agak meriah juga. Semua sedara mara dapat berkumpul ramai-ramai meraikan Mak Sedara dan Pak sedara terima menantu.


.

Majlis akad nikah berlangsung pada jam 10.00 pagi di Masjid Sungai Udang. Rupanya ada dua pengantin hari tu. Dan khutbah nikah dibacakan serentak untuk kedua-dua pengantin. 

Sejurus selepas ijab dan qabul , ialah sesi bergambar pula. Huh mujur le sedar diri masjid dalam masjid kan..kalau tak harus berposing sakan.



Kemudia kami rama0ramai berarak terus ke rumah pengantin juga di Sungai Udang Klang. selorong dengan rumah mertua kak M. Waktu tu dah pun jam 12.00 tengahari..memang lapar gila. sampai aje semua hidangan dan siap maka dengan bersungguh masing-masing isi perut. hahahha. Menu pun tak kurang hebat, daging masak hitam, ayam merah, dalca, bubur pulut hitam, kuih muih dan agar-agar.



burpppsss...bila dah kelegaan kami santai menunggu rombongan dari pihak lelaki tiba untuk majlis sanding dan makan beradap. masing masing dah tersandar kekenyangan. hahahah.

dalam jam 1.30 petang rombongan dari pihak lelaki pun sampai. alhamdulillah makanan semua cukup dan layanan terbaik telah diberikan.

Semoga perkahwinan ini mendapat barakah dari Ilahi. Semoga Nurul dan suami kekal bahagia hingga ke Jannah. Ameen.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick