JPO aku datang!

Ini kisah trip kami ke Johor pada cuti raya cina lepas. Rancangan yang sangat last minit. banyak kali juga pikir sebab raya Cina ni pasti akan terperangkap dalam jem punya. Tapi memikirkan nak bawa anak-anak jalan-jalan maka kami pun siap sedia untuk ke sana



Kami gerak pada pagi  Khamis seawal jam 7.30 pagi.. Hai of course la kena isi perut dulu kan. almaklumkan bawak kanak-kanak ni macam-macam hal, jadi biar lah mereka kenyang dulu. Kami bertiga keluarga sebenarnya. kereta pertama dah sampai johor dulu depa bermalam di rumah mak depa di sana, pakej balik kampung juga lah kiranya depa tu. Kereta ketiga dah janji tunggu di Dengkil.

Lebih kurang jam 2.00 petang juga lah kami sampai di JB. Keluar jer dari lebuhraya tu terus berhenti untuk solat dulu dan seterusnya masuk ke JPO.

ahaks! Kak M memanggak teruja juga dapat datang sini sebab inilah kali pertama ku jejak kaki di sini. huhu. Tapi lunch di sini.. ya Rabbi punya lah ramai manusia. mujur cepat juga dapat kosi meja nak makan. heee boleh tahan juga makanan dia plus harga yang juga boleh tahan hahahha.



dah kenyang baru lah boleh ronda-ronda dalam JPO tu... aduhai idak le sanggup mak nak masuk satu kedai ke satu kedai, jadi kita pilih pilih aje.

Yang pertama masuk kedai coklat..hahahah.. pancing dulu anak-anak..beli le colat kegemaran depa sorang satu. Kemudia ke GAP sebab nak cari tshirt dan blouse budak-budak ni untuk buat pakai raya nanti...uwaaaaa..baju raya dah beli siap-siap oiii....kelas ko jah!



Kemudia masuk pula outlet Clark. hahah kak M dapat sepasangan kasut sarung...yeay! sangat best sebab lama dah cari kasut gitu yang sangat comfy. Nuha juga dapat sepasang warna merah.

Dah lepas tu tak larat dah. semua dah merungut penat dan nak balik hotel.

Ok...kita check in hotel dulu dan rehat.

to be continued!



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick