Selamat Hari Ibu..buat semua ibu di dunia ini

Salam sayang buat semua ibu ibu di luar sana. Pepagi lagi kak m dah dapat ucapan dan kad dari anakanda tersayang...sungguh yerharu diri ini. Kalian bagaimana?

Sempena hari ibu tahun ini tiada hidangan yang istimewa. Kak m cuma hidangkan satay, nasi impit, nasi goreng , dan nugget sahaja buat hidangan siang hari.



Malam pula, suami dah susun nak bawa kami sekeluarga makan luar. Alamdulillah rezeki kami lagi dapat bersama kelaurag makan luar.

Bonda mertua nak makan shark fin soup jadi kami pilih restoran Adam Lai di Seksyen 15 sebagai lokasi makan malam sempena hari ibu dan hari lahir bonda mertua.

Kalau makan kat restoran ni dah tentu kena telefon booking meja..sebab sepanjang masa penuh jer restoran ini. Mujur mada kak m telefon tu masih ada ruang untuk kami selkeluarga.

Sampai sana jam 8.0p malam terus kak m orser dulu sementara tunggu ipar duai dan anak anak mereka serta bonda mertua yang masih dalam perjalanan dari Klang.


Alhamdulillah juga bebudak ni semuabdalam keadaan baik..tak der yang ribut ribut..hehehhe. Kalau tak memang susah ler kita nak menjamu selera.


Milo tabur ni dah jadi minuman pilihan anak anak zaman sekarang.kemain suka hati korang kan dapat meratah milo. Kalau kat rumah memang kenan babap ler bebudak ni kalau meratah milo.


Boleh tahan juga menu yg dipilih malam ni. Chicken butter, chicken kam heong, chincken sweet n sour, kailan goreng, asparagus goreng campur, sharkfin soup, sotong goreng rangup dan nasi putih. Kali ni tak amik menu ikan sebab takut tak terlarat habis.


Nampaknya semua berpuas hati dan kenyang. Selesai makan pada jam 9.00 malam. Belym lagi bangun dari kerusi dah ada orang lain pula booking table tu...perghh memang panas bisness makan diaorang ni..alhamdulillah rezeki mualaf mungkin.

Terima kasih incik suami sebab belanja we all makan malam ni..

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick