Perang Poster...mari mengundi
Wah! Semangat mengundi kian terasa. Hehe.. You olls! Mengundi kat mana? Kak-M masih alamat di Kubang Pasu nun, dun Jitra. Hah! Dah tinggal beberapa hari jer kita akan mengundi. Ntah kenapa kali ni semangat mengundi itu sangat berkobar-kobar...
Haloooo, i dah beli tiket hokey..RM2k plus for me and my 3 kids. Gasak, asalkan akak dapat balik mengundi. Pertama kali nih akak nak memangkah..hehe..semnagat kan?
Selesai jer penamaan calon pada 20hb tu, wah! Kemain hebat poster naik sana sini sinun. Amacam kat tempat korang? Kat tempat kak-M ni masih ok lah tapi semalam lalu di Sesyen 17 dekat bulatan tu aduhai...penuh dengan segala bendera. Huhuh,, udah macam pesta-pesta keraian pula. Memang buat duit sakan ni para penggantung poster dan bendera. Apapun jaga diri jangan sampai kena langgar dek kereta motor yang lalu lalang situ.
Dalam Facebook tu tak kurang juga. Memasing dengan posting politik. Hiskkk memacam banner poster dah penuh wall akak tau. Suka tak suka ianya dari kawan-kawan, jadi usah nak emosi sesangat. Agak nyampah scroll jer kebawah. Sama juga konsepnya kalau awak pos gambar makanan kan atau barang2, awak ingat deme kat sesana tu suke bebenor ker dengan gambo makanan awok tu..heee kaedahnyalah kan. Kekdang kan sebab posting depa juga akak rasa banyak maklumat tentang politik yang akak tahu. Sekalipun tak suka politik kena juga amik tahu sebab ianya memang wujud dalam dunia kita.
Jadi jangan gegaduh lah sesama kita. Setiap kita ada hak memasing untuk memilih calon terbaik. Ia baik pada kita tak semestinya baik pada yang lain jadi memasing kena hormat menghormati hak kita bersama.
wokey..jom ronda nengok pesta bendera dan poster
Comments