~Tupai-tupai~
Malam tadi kami makan malam di luar. Ini adalah atas permintaan Sarah Nuha. Kalau ikutkan kak-M lebih selesa makan dirumah jer. Kebetulan Uncle Bad juga telefon ajak makan sama. Jadi kami jumpa di Tupai-tupai.
Pernah ke Tupai-tupai? Lokasinya di Seksyen 13. Berdepan dengan D'Kayangan Steamboat. Lama juga dok pikir nak makan apa. Akhirnya kami order makan naik dan lauk-lauk Boleh tahan jugalah.Memang hancus det mak okey...Daddy masih kontrol makan sikit jer.Mummy ni boleh tahan juga..jadi menunya adalah seperti berikut:
Nasi putih
Siakap Butter Black Pepper
Butter Prawn
Kangkong sotong
Baby buncis
telur dadar
Sup sayur
Lala goreng pedas
Chicken Lemon
Ha kan? Memang meriah menunya. Tapi rasanya biasa jer. Lala tu boleh tajhank sedap juga. Kak-M suka dengan baby buncis tu, memang rangup sangat. Krup krap gitu makanya makan keropok sudah. Jom lihat menu airnya pula
Laici
Fresh oren
Jus Dragon fruit longan
Jus Durian Belanda
Di samping tu bebudak ni order pula ice cream 2 scoop sorang satu. Tudia, bila negokkan bil...omammaiiiii....sangat mahai oiiii total ialah RM268.10..huissss......kak-M macam biasa akan scan duit resitnya..heee..owhh memang ada kesilapan..sebab siapak yang berharga RM48 ringgit tu dia kira dua kali..adoiii...so dia pulangkan duit tapi dalam tu ada dia tambah tomyam pula, lagi sekali kak-M komplen..kira lagi sekali..ada kot setngah jam juga depa dok audit resit tu..heee, dah akhirnya barulah betui..so Total semua ialah RM210.10. Kira ok lah. Semuanya kekenyangan..Alhamdulillah
Comments