Asam Rebus Ikan Kembong
Asaalmmualaikum dan salam siaran di pagi Khamis. Hari ni penjawat awam mengenakan busana batik. Semuanya segak bergaya persis menghadiri majlis keraian besar-besaran.
Apa khabar semua? Kak-M sini baik-baik aja, hari ini puasa lagi tau. Bila dah mula puasa terasa seronok pula berpuasa. Rasa macam nak teruskan sehingga masuknya Ramadhan. Selepas sahur memang kak-M dah rasa segar. Tunggu jam 6 jer untuk mandi dan solat. Alhamdulillah hingga kini kak-M dikurniakan kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNYA dan untuk meneruskan berkarya di ruang ini.
Pagi tadi sesudah sahur kak-M siapkan bekal untuk Nuha. Nuha ada lawatan akademik ke Aquaria dan Domino Pizza. Kak-M buatkan roti telur untuk dia. Alhamdulillah dapat dua bekas jadi bagi Abang Danish satu bekas. Seawal 7.30 pagi lagi kak-M dah cop cari masuk office..heee. Office ni memang kena scan jari di mesin flex tu, jadinya ko tak leh nak menipu okeh. Kalau nak nipu kena lah kerat jari pass ke kawan untuk flex..heee.
Tak der apa sangat nak dikongsi di pagi ni. Just nak share hasil masakan kak-M semalam. Untuk berbuka kak-M suka makan nasi dari makan kuih atau noodles. Jadi lauk semalam ialah Asam Rebuih Ikan Kembong. Kalau kat sini tak pasti kak-M apa nama pangilan kepada resepi ini. Singgang? Pindang? tak kisah ler tapi konsepnya sama jer, rebuih.
Tak pandai sangat kak-M dengan masakan ini. Tapi masakan ni mudah sesangat. Serba ringkas dan paling popular disediakan untuk orang yang berpantang selepas bersalin. Kak-M ikut resepi Madiha . Boleh semak sini jika mahu mamawandiha.blogspot.com. Apapun kak-M salin semula di sini buat rujukan kak-M juga bila nak buat lagi di lain hari. Terima kasih kepada Madiha kerna sudi berkongsi resepi ini,
Menurut petua orang-orang tua, masa merebus tu terusmasukkan ikan, jangan letak kemudia kerana ia hanya akan menyebabkan masakan menjadi sedikit hanyir. |
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
Sumber Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Sumber Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
2 ekor ikan kembong ~ bersihkan & potong 2 jika suka
3 - 4 keping asam gelugur (sukahati nak boh byk mana.. ikut masam yg anda suka)
1 kuntum bunga kantan atau 1 helai kecil daun kunyit
air secukupnya (ku bubuh dlm 3 cawan jer)
bendi atau terung (suka hati nak masukkan sayur apa)
garam, serbuk perasa & sikit gula dlm setengah sudu kecik jer
Bahan2 Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
25 biji cili padi (ikut suka ler nak pedas macamana )
1 biji cili merah
1 cm kunyit hidup
Cara Memasak
1. Jerang air dan masukkan semua bahan2 kecuali sayur pilihan anda.
2. Bila ikan dah setengah masak baru masukkan sayur dan sesuaikanlah rasanya. Dah siap!!

Comments
btw, jom join GA kami..:-))
http://www.ummiirfan.com/2012/07/giveaway-dari-ummiirfancom.html
Sama ler tempat kerja kam kena pakai jari..hehehe