Makam Mahsuri
Makam mahsuri menjadi lokasi terakhir kami selama tinggal di sini. Kata orang kalau datang Langkawi mesti kena ke makam lagendanya. Macam-macam versi kisah Mahsuri ni. Apapun kisah utamanya, Mahsuri ni difitnah hingga dihukum bunuh sehingga mengeluarkan darah putih. Disaat kematiannya beliau bersumpah bahawa Pulau ini akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.
hahahha, tatau ler apa kaedahnya gaya ini. Yang di belakang tu ialah rumah Kedah.
Inilah makam Mahsuri.
Rumah Kedah
Jelapang
Anak-anak mummy
Inilah Wan Aishah iaitu keturunan ketujuh Mahsuri. Dia dah pun kawin pada tahun 2010. Wan Aishah pernah di bawa ke Semenanjung dan di bawa ke serata negeri. Memang cantik dia. Mungkin benar Mahsuri itu seorang wanita yang sangat cantik ketika zamannya menyerupai kecantikan Wan Aisyah.
Comments