Dataran Lang Langkawi


Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan Bahasa Melayu  iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan jawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam Bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira). (Sumber Wikipedia, 2012)


Lawatan kami seterusnya ialah ke Dataran Lang. Kat sinilah terletaknya tugu burung Helang yang menjadi simbol utama Pulau Langkawi. Memang cantik sangat pemandangan di sini, Boleh nampak banyak kapal layar berlabuh. Laut yang biru kehijauan, sejuk mata memandang.

 Ahmad Darwish memang suka hati dapat bebas berlari di sini. Jenuh mummy kena kejar.

 Memang teruja sangat dengan tuju ini. Kak-M di fahamkan tugu ini dibina oleh pekerja dari balo, maksud akak segala ukiran pada burung helang tersebut. Memang sangat teliti binaannya.

 Hmmm nampakkan, memang tersangat cantik pemandangan di sini.

 Makcik-makcik ni terpaksa jalan juga ke sini walaupun kepenatan. Nanti kerugian, ntah bila pula nak sampai Langkawi kan..Tak per slow and steady okey

 Kekadang dia buat juga perangai dia...dah nama pun kanak-kanak kan..

 okey, smile!

Pasangan ini pun mengahdapi krisis anak meragam seperti kami jua..wakakakakka

Comments

Popular posts from this blog

Pediasure susu pilihan

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

My Baby Boy is Sick