Curry Paste Adabi

Petang semalam kami ke Giant Seksyen 13. Mualanya kak-M malas jer nak ikut sebab 2 hari lepas dah pun beli barang-barang dapur di Giant seksyen 7 dah habis almost RM200. HUishhhh cair jer mengalir duit ringgit ni. Itu pun selepas di saring beberapa kali perlu atau tak barang-barang yang dibeli ini. Nampaknya kehidupan di bandar ni memang sangatlah besar belanjanya.



Sebab anak-anak dah merenget dan Ahmad darwish bukan main lagi nak ikut, maka kak-M pun ikut ler juga. Budak-budak ni memang suka benar ke Giant ni sebabnya depa suka singgah di booth-booth kecik dalam giant yang dok promo produk. Ada jer la yang nak menyinggah rasa merasa. Semalam ada promo maggie baru, nuha sibuk nak rasa 3in1 Kopiko, dah terjebak hangkut juga sebungkus. SI abang dok ulang nak rasa maggie lagi..ish depa ni ingat boleh makan sampai kenyang ka? hoii haru dengan budak budak ni. Ada juga promo ais creme le Cremeria..ini memang favorite depa, jadi amik juga 2 kotak..huh..nasib la Daddy yang bayar nanti kat kaunter. Pastu ada juga promo tuna flake, Nuha dok makan sedap kemain sandwish tuna tu, sebelah nya dok promo Curry Paste adabi, Si abang cuba sampai dihirupkan kari tu sampai habis..huihhh kasi malu saja..heeee, dia cakap sedapnya mummy, mummy pandai tak masa macam ni,, huihhh budak ni, tergelak promoter tu, akhirnya amik juga curry paste adabi tu.

Hari ni, Abang dah dok tanya curry dia dah siap ka belum. Amboi main order jer anak bujang ni. Dia memang peminat kari pun..heee memang ada darah keturunan kami ni, jadi tak leh lari dari kari segala..hahahahha. Untuk ibu-ibu zaman moden memang sesuai sangat dengan pek kari paste ni, senang dan mudah di sediakan. Jom cara-caranya.



Cara-caranya : (di nyatakan juga di belakang pek paste)
panaskan 180ml air
masukkan paste kari dan kacan sebati
masukkan 180ml santan, 400gm ayam dan kentang.
(kak-M tambah tomato sebiji)

Walaweiii, sedap kata Abang, siap ratah gitu jer. Seronoknya hati si ibu bila anak makan dengan kenyangnya. Hmm lepas ni kena simpan lah stok ni sebungkus dua buat kegunaan dikala kecemasan..hhihihi


Comments

Popular posts from this blog

Pediasure susu pilihan

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

My Baby Boy is Sick