Kari ikan merah
Hai dah namapun orang utara, hari-hari pun makan kari kah? heeeeeeeeee, kari ni antara menu popular among us. Dalam seminggu tu mesti salah dua hari akan ada menu kari, kari ayam, kari telur atau kari ikan. Kalau adanya menu kari ni makan bertambah-tambah ler seleranya dan nasi pun kena masak lebih sket. Dalam banyak-banyak kari ni kak-M paling suka kari bawal emas, mungkin sebab rasa bawalnya yang begitu sedap, bak kata Cik Mat Gebu from DTS, buleh pengsannn!..hehhe. Apapun cuti ni kak-M berkesempatan masak kari ikan merah. Mak aii punya lah mahai ikan merah ni, dua ketui sahaja dah empat belas hengget. Tapi sebab nak makan kan dan semua pun suka, maka tak kisah ler berapapun reganya.
Masak kari ni ada pelbagai versi. versi kak-M simple jer, apa yang penting semua bahan harus fresh juga jadi hasilnya baru meletop!. Kak-M pun bukanlah master dalam masak memasak ni, biasa-biasa ajer, masak pun untuk keluarga tersayang, apa orang cakap...errrr masak dengan kasih sayang, owh sweet gitu. Jadi masakan pun sedap ditekak sebab tukang masaknya sangat ikhlas..hahahah.. oklah you all masak apa today...?
Kari Ikan Merah
2 keping ikan merah siap dibasuh bersih-bersih
2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
1/2 inci halia dititik
kacang bendi
tomato
rempah kari ikan Alagappa atau Babas
Santan
daun kari dan rempah ratus buat tumisan
minyak secukupnya
garam dan gula dan asam sesedap rasa.
Macam biasa, tumiskan daun kari dan rempah ratus seperti bunga lawang, cengkih dan buah pala hingga naik bau. Rempah dan segala bawang tadi dimesin bersama dan masukkan dalam tumisan tadi beserta halia yang dititik. biarkan seketika agar rempahnya masak hingga naik minyak orang kata.(Bukan tukang masak yg naik minyak pula, heeeeee). Kemudian masukkan ikan dan air asam , garam dan gula sesedap rasa, akhirnya masuukan santan, tomato dan bendi, biarkan seketika di atas api dan masak.
Comments