Zebra Crossing
Sekalian pengguna jalan raya, hampa tau dak apa itu zebra crossing? Sapa yang sepatutnya berhenti di zebra crossing tu? Baru-baru ni seorang pelajar nyaris dilanggar kereta di zebra crossing ini. Sangat memalukan bila kejadian ini berlaku di dalam kampus universiti. Ish...kenapa sampai boleh jadi macam ni?
Zebra crossing ni dibuat bagi memabntu pejalan-pejalan kaki melintas jalan di jalan jalan yang sibuk. Jadi ketika kenderaan sampai pada zebra crossing dan melihat ada pejalan kaki yang menunggu di tepi jalan untuk melintas maka haruslah kenderaan itu berhenti bagi memberi laluan kepada pejalan kaki tersebut. Biasanya kita banyak melihat zebra crossing ini di kawasan berhampiran sekolah dan di dalam kawasan universiti kerana di sinilah ramai pengguna jalan raya yang berjalan kaki.
Malangnya ramai yang tidak indah akan kemudahan bagi pejalan kaki ini. Kita sendiri nak lintas pun rasa tak yakin. Terasa macam kereta yang meluncur laju itu tak mungkin berehenti memberi laluan kepada pejalan kaki. Inilah sikap yang sama sekali tidak bagus. Kebanyakan pemandu akan terus memandu melintasi zebra crossing ini apatah lagi bila terasa ada kereta laju di belakang semakin menghampirinya.
Wahai sekalian pengguna jalan raya, marilah kita berubah kearah sikap yang lebih baik. Jadilah pemandu yang lebih berhemah dengan menghormati pengguna jalan raya yang lain juga.
Comments
tak indah?
tak endah la.. itu ayat yg sesuai tan tepat.
hmmm iya...kat negara luar sana nun tamadunnya jauh lebih dari kita sini, tamadul akal maksud satak payah suruh dorang dah tahu dan faham sendiri.
hmmm iya...kat negara luar sana nun tamadunnya jauh lebih dari kita sini, tamadul akal maksud satak payah suruh dorang dah tahu dan faham sendiri.
zebra crossing... =)
Penah stop kat zebra crossing,
tak pasal2 keta blakang hon2, maki2