Posts

Showing posts from March, 2016

Goody For Wedding

Image
Assalammualaikum Ada orang tu nak kawin tau. Happynya akak! Akak yang lagi excited dari orang yang nak kawin tu..kakakkakaka.  Bulan 5 ni rancangan nya majlis tersebut akan berlangsung. Dan hari ni akak dah mula tempah itu ini untuk dia..Almaklum ini adalah majlis perkahwinan terkahir dalam keluarga akak. Adik bongsu ni dah 30an pun baru termu jodoh, alhamdulillah. Jom tengok apa yang ada dalam pikiran akak untuk majlis ini... layannnnnn Ini kek kahwin yang akan di potong oleh pengantin..heeee.. dari Yatie Yob Alor Setar.. Akak ambil gambr dari IG beliau di Yatie_Dellwan Ini pula goody untuk tetamu akak plan nak order dari Yatie_Dellwan juga. hehehhehe..cukup dulu buat kali ni..nanti akak update yer..hehehhe

My new IRON...Fantastic Philips

Image
Last week kami jalan-jalan ke Empire Subang. Tujuannya nak beli hadiah hari lahir untuk Sarah Nuha. Biasalah kat situ kan ada Toy'rús. jadi lepaskan anak-anak melilau dalam tu cari apa yang mereka berkenan. Belum sampai ke Toy'rús, Hubby ajak singgah ke kedai Elektrik dalam tu...ahemmmmm..macam menarik juga ni..depan pintu kedai tersergam indah seterika cantik ini. Sesungguhnya memang hobi kak M tau iron baju ni. Lama dah dok komplen dengan hubby seterika yang sedia ada tu tak bagus..wah gitu sekali. dua kali dah kot baju koyak, mujur baju sendiri...kikiki..sebab kekadang tak perasan air dalam tu dah habis. Jadi kepanasan dia melampau langsung koyakkan baju akak..hahahha. Bila gosok baju yang fabrik jenis linen lagi le hazab nak licin.. Macam macam le aku komplen kan..hehhe.  Maka dalam kedai elektrik tu aku mula-mula melangut langut mencari seterika yang bagus.. Aku pernah baca review yang seterika dari Amway adalah bagus, jenama Philips. Jadi tanya lah budak ked

Dah lama tak masak masak........

Image
Salam to all blogger. Lama sungguh kak M dah masak-masak...dekat 6 bulan juga kot..bukan setakat tak masak.. blogging pon jarang sekali. Setiap bulan ada satu ke dua post aje. Sebab apa? Bukan malas tapi keadaan tangan yang  merengsa kesakitannya. dah tua-tua ni baru nak kena penyakit ala ala excema ni. Alahai memang sakit betul rupanya. Maacam mana le anak-anak kecil yang kena sakit kulit satu badan tu kan.. dah kena tapak  tangan sikit ni pun tak tertahan rasanya, apa lagi kalau kena garam kunyit...wuiiii.. menyengat rasanya.. Pakai sarung tangan..idak le...risau takit bocor kena juga alamatnya. Jadi kak M beli aje lauk pauk di kedai. hah.. nasi pun aku beli sekali. Part basuh pinggan jangan harap ler.. Memang langsung tak basuh,, sebab sal usulnya jadi gini adalah kerana elergik sabun basuh pinggan ler ni, sampai sudahnya berbulan tak baik juga. Krim tangan tok sah cakap ler.. dah berjenis-jenis... supllemen huh cakap aje apa yg kak M tak makan..hahah apa pun kita ikhtiarkan lah se