The Fantastic Story at KUNDASANG SABAH - Episod 2

Hari Kedua kami di Kundangan lebih menarik. Lokasi pertama ialah ke Cattle Dairy Farm. Nak masuk sini kena bayar. Harga Dewasa ialah RM5 seoarang dan kanak-kanak RM3 seorang. Kat sini pemandangan memang sangatcantik. Seperti berada di New Zealand gitu. Suasana yang cantik dengan angin yang sangat kuat dan sejuk memang rasa sihat saja kat situ..heheh...segar dan bersemangat.


Muka Kak-M pun nampak gebusss aje kan...sebab suhu yang sejuk gamaknya. Patut le orang-orang kat sini kulit cerah-cerah aje. Kurang terkena sinaran matahari

Jadi apa pula nak buat kat ladang ni? Apa lagi tengok lembu lah..hehhe.. kat sini juga ada menjual produk tenusu..wuiiii memang lain rasa susu kat sini, teringat masa minum susu segar masa kat UK dulu sungguh lain lemak manis rasanya. Tak ingat berapa ringgit dia jual sebab kawan akak tu belanja...hehe ..minum free le kita. wuii bertambah gebu lah kulit minum susu segar kan.Ada juga mereka jual Yogut dan Ice Cream Dairy.


Kat sini boleh tengok banyak ternakan lembu susu yang hitam putih macam kat iklan DUtch Lady tu..ha ..pemadangan memang sebiji pun macam kat sana..tapi silalah percaya ianya dalam Malaysia.. tetiba terasa sunggu bangga menjadi rakyat Malaysia yang dibanjiri dengan nikmat sebegini. Syukur kepada pencipta alam memberikan kami udara yang segar dan sihat.



Di mana sahaja berada dalam kawasan ni, di situ le terasa nak selfie. Memang setiap sudut adalah menarik. Rugi kalau tak merakamkan semua kenangan indah di sini. tak lupa juga disini boleh bagi susu pada anak-anak lembu dan kambing. Beli rumput RM1 dan susu RM2 hah suap le anak-anak lembu kambing tu..memang semedang aje lapor deme tuh.



Sampai termuncung-muncung mulut Ahmad nak susukan anak kambing tu..Anak lembu besar katanya,, takut pula..kaka nuha sampai tersenget kepala nak nengok kambing menyusu..hehe.


lama juga kami luangkan masa di sini. lebih kurang dalam 2 jam. Masing-masing exited nak tnegok itu ini. Beratur nak beli susu saja dah berapa minit kan... Mencari parking lagi dan hari ni hari Cuti Malaysia memang lah tersangat ramai pelancong datang ke sini.. Apapun anak-anak sangat berpuas hati. Amierul dah ajak datang sekali lagi..heheh..best katanya dengan udara sejuk di sini.

okay..kita sambung nanti Episod ke-3 yer....

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick