Red Velvet Cake Untuk Jiran


Salam muhibbah buat teman-teman yang sudi singgah boleh serba sederhana milik Kak-M ni. Blog yang telah lama terwujud ini kadang kala aktif kadang kala sepi. Apapun tuan blog masih alhamdulillah sihat selalu. Hari ni Kak M nak kongsikan hasil mahsul aktiviti kak M minggu lepas. Ini bukan tempahan tapi sedikit juadah buat jiran kak M yang mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya. Dah malam baru kak M teringat yang kenduri tu esok. Jadi godek-godek kat dapur adalah cukup bahan bahan untuk menghasilkan juadah serba ringkas ini.

Resepinya akak cedok aje dari google.com..hehe dan topping creme cheese to akak ikut resepi dari Blog Azlita Masam Manis. Kalau nak cuba sesilalah singgah di sana yer.


Ini pula Dark Chocolate Cake kak M buat untuk anak-anak kak M. Depa ni kalau kak M ada tempahan kek, depa pun nak juga..hahah jadi kena lah buatkan sebiji untuk orang dalam rumah ni makan..Kek tu seminggu pun tak habis...sampai akhirnya bawa bekal ke sekolah jamu kawan-kawan. dan teringin kan tengok kek mommy buat untuk orang lain, depa pun nak juga..Bila dahada kek dah tak lalu pun nak makan sangat. But alhamdulillah tak pernah lagi terbuang ada je tetamu datang bertandang, memang le rezeki deme.


Dikesempatan ini kak M kongsikan kan juga Square Dish Port Meirion tu yang sebenarnya kak M baru beli dari Pine Cottage milik kakak kenalan kak M di Changlun Kedah nun. Harga sangat resoanbale mampu milik gitu. Kalau nak shopping online pun boleh . Singgah aje di Pine Cottage FB di https://www.facebook.com/pinecottagemalaysia/?fref=ts

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick