Raya lagi...huhu

Jumaat ni ramai pula buat majlis raya..alhmaklum dah masuk mingu terakhir kan.. berebut-rebut sebolehnya nak meraikan Syawal bersama teman-teman seperjuangan.


Rumah pertama ni di Bukit Jelutong. Menu dia memang superb gila...huh mentekedarah mak semua.. Nasi Maghluba, Nasi kabsah, kambing, potato salad, roto arab..perghhh.. terduduk mak kejap makan kat sini. hahaha..

Dah kenyang sendawa bagai, we all gerai lah ke rumah kedua di Putra Height.. heh..rombongan kak limah ni menag mantap,, bersusun je 4 biji keter berekor menuju ke Putra Height..hahah.. mujur tak hilang.. satu keter silap jalan kena u turn habis semua ikut U turn..kih kih kih..

But we enjoy this moment.. priceless!


Menu kat rumah kedua pun mantap...Soto Ayam, Nasi Tomato..perghh sekali lagi makin terduduk. Gila kau full house, bukan setakat sendawa dah tahap nak terlentang.. tunggu nak lelap aje.. hahah..kat sini minuman dia sangat best. Ntah air apa pun tatau, macam campuran buah-buahan tin dengan soda.. tapi memang best, hilang rasa kekeringan tekak.


Hah kan.. tenyata kepuasan hati dapat makan kenyang..kekekke...memang menyegeh semua kak Limah ni..then lepas ni semua masuk office semula ya..sambung kerja kok.


Dan malam hari ada jamuan raya untuk penduudk Turmalin Empat. Ini adalah kali pertama kami laksanakan Majlis seumpama ini. Memang meriah tahap dewa..waahahahaha..

Nak tahu siapa pengerusinya..perhhhh retis tu.. Nash lefhanded tu..hah kau...nak kata apa.. dia le pengerusi dan dialah MC untuk majlis malam tu..settle...dan dialah penglipue lara kami..hahaha..lengkap semua.


Apa pula menu malam ni..kambinggole 2 ekor okay!...hihi lepas ni mempengsan semua orang..menu lain roti jala dan kuah durian, nasi impit, rendang ayam dan satay. Mantap. Tak habis..kasi bungkus


Okay ..itu aje cerita raya Jumaat minggu ni..heheh...tunggu minggu depan pula apa ceritanya....

Comments

Kak Vit said…
wow! menu boleh tahan.. sedap semuanya.. :))
emma marini said…
heheh..memang best semuanya...

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick