Happy Birthday Ahmad Darwish

Alhamdulillah tahun ini kami dapat meraikan Ulang tahun kelahiran Ahmad Darwish bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri . Majlis ini agak meriah dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai . Seronok Ahmad Darwish dikelilingi ramai kawan-kawan.



Ahmad Darish dilahirkan pada 21 Julai 2010 di Hospital Pakar Selangor (KPJ) dengan berat 2.48kg sihat dan sempurna. Hari ini Ahmad dah pun genap 5 tahun, sangat cergas, manja dan banyak cakap.
Dah berhari-hari dia asyik tanya bila nak happy birthday dia. Dan hari ini Ahmad nampaknya sangat seronok terutama bila ramai kawan-kawan sebaya datang, main bagai nak rak!

Menu kami adalah menu hari raya iaitu Nasi Mendhi, Ayam Golek, Rendang ayam, Kari daging, Roti Jala dan Kuah Durian. Yang lain-lain ialah sosej dan chicken ball, sedikit kuih muih.



Macam biasa kek ditempah di King Confectionary di Sek 7 Shah Alam. Suka Ahmad dengan kek ni sebab ada train.

Majlis potong kek berlangsung lebih kurang jam 2.30 petang.

Mommy dan Daddy soakan Ahmad sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa cerita dan menjadi anak yang sleh serta senantiasa mendoakan mommy dan daddy.

Ameen

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ahmad Darwish

Comments

Malinda said…
happy besday darwish semoga membesar dengan sehat dan kuat jadi anak soleh untuk ibu dan ayah dunia akhirat....cantik kek besday kalerful sangat :)
emma marini said…
terima kasih Auntie

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick