3 days at Felda Residence Trolak

Minggu ni memang minggu yang sangat meletihkan. Kena pegi team building di Felda Residence Trolak. Memang berat hati nak pergi. nak tinggalkan anak-anak. Nak pulak ada jemputan Open House lagi...aduhhh tapi dan kena pergi maka akak redho aje lah.


Aktiviti selama tiga hari ni menag sangat-sangat menguji kekuatan minda dan fizikal. secara jujurnay akak memang tumbang...hahah dengan saiz akak yang selambak ni memang tak semua aktiviti akak dapat buat.


Bas bertolak dari Shah Alam pada jam 10.30 pagi dan tiba di sana jam 12.00 tengah hari.
Tak jauh pun sebenarnya tempat ni dari Shah Alam, lebih kurang dalam 1.30 jam perjalanan.

Hari pertama ni kami kena hadir untuk sesi taklimat dan aluan dari Big Bos. Jam 6 petang baru mula aktiviti pertama..Perghhhh setap mak.....memang dah macam komando..huhu..nangis dek nun.


ni antara salah satu Obstacle yang harus kami tempuhi. Siksa kot nak melepas titi tu. Tapi memang ramai yang dapat buat. macam-macam gaya ada okay.. dah macam helang terbang nak tangkap mangsa pon ado...


Yang ini nama dia electric fence...dah ko kena angkat kawan kawan melepasi palang itu tanpa menyentuhnya. kalau tersentuh  maka diibaratkan ko terkena renjatan elektrik dan mati...hah..ko ado..hui..ko bayangkan puak-puak yang ngangkat akak yang selambak ni..kesian depa tau. Akak redho aje. Tapi dengan strategi yang betul memang dapat melepas palang ini dengan penuh berjaya. jadi 'size does not matter' kekdahnya.


Yang ini agak mudah..titi goyang...kita kena ramai ramai naik titi goyang ni dan tukar posisi. Yang kiri ke kanan dan yang kanan perlu ke kiri. hah..walaupun nampak mudah tapi ia sebenarnya agak sukar sebab titi tu memang goyak inul okay...terhuyung hayang deme.



Itu lah aktiviti pada sebelah petang. pada waktu malam pula kami di mengikuti aktiviti Nite Walk katanya. Awak kena jalan dalam hutan yang gelap gulita bertemankan tali dan cahaya bulan. hah ada berani? nak tak nak kena juga lah masuk hutan tu. dah habis egala doa akak baca sepanjang dalam hutan tu.. mudahan akak tak dilarikan bunian..hoi...memang gelap dan langsung tak nampak apa..lebih kurang 20 minit juga akak dalam kegelapan hutan tu. dalam kepala otak ni dok fokus kepada tali je.. kalau terlepas tali tu maka sesat le akak dalam tu.. tunggu aje lah rescue datang selamatkan. jatuh berdebuk toksah kira, habis terlanggar akar kayu kan..hah sakit weiii..terhantuk pokok apatah lagi habis dahi licin akak ni..mengadoi aku dalam hutan tu...tapi akhirnya berjaya nampak cahaya lilin yang menunjukkan akak dah sampai ke destinasi. Syukur alhamdulillah aku selamat.



Pada hari kedua , pepagi lagi kami kena bina rakit dan kami kena naik rakit tersebut. aduhai..ini akak takut..akak takut rakit tak dapat menampung berat akak...hahah kang terburai segala ikatan maka benar lah kata pepatah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. dah ini adalah aktiviti yang paling fun!.. semua orang involve.. sangat happenig..berpasukan membina rakit. Lihat lah betapa tersnyum megah akak penuh keyakinan. macam queen gitu..ahaks!


Aktiviti petang hari kedua akak skip sebab akak pening..okay akak mentido aje petang tu..kata teman memang lagi menguji kekuatan fizikan.. so i make the right decision to stay in my room..hehhe dan akan hanya join dinner pada malam hari....mantap!



Sesungguhnya ia adalah satu program yang sangat mantap. Tahniah kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa program.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick