Kek Minyak


Hah..kek lagi..ntah kenapa asik buat kek aje semnjak dua menjak ni..hehe practice nak bisness kek sempena raya kot...whoaaaaa takder masa le akak nak bisness bagai. Ntah le tetiba akak terasa sangat nak cuba kek minyak ni. Sebab tengok review di internet macam bagus saja. Cantik dan sedap, jadi lepas dinner dengan anak anak tadi alak pun terus le bancuh adunan kek minyak ni..huh senang lah sangat sebab guna minyak masak jadibtak perlu kita tunggu butter lembut mavam kebanyakan kek lain dan bahan bahan pun semuanya ada aje di rumah.

kek yang guna minyak ni kak M rasa tidak lah se sedap kek yang guna  butter.. lagi lagi kalau buter SCS tu. Tapi rasa dia tidak lah muak cuma kurang harum aje. Kalau kek butter tu time dah nak masak..waaaaa kemain satu rumah bau kek.


Akak rasa bancuhan ni agak cair..walaupun begitu hasilnya cukup baik tidakbterlalu berminyak dan gebus aje. Nak potong memang kena tunggu betul betul sejuk. Bila cair macam ni senan kita nak melapis cuma akak rasa lapisan tu jadi terlalu bercampur dan tidak menghasilkan corak yang cantik. 


Kalau ada tetamu datang memang elok sangat hidangkan kek ni dengan kopi. Wau memang sesuwai gabungan tu. Malam tadi pun akak menikmati hidangan kek minyak ni dengan suami. Lembut sangat kejadiannya dan tidak terlalu manis.


Kak M guna resepi dari Azlita Masam Manis. You olls boleh google resepi dari blog beliau ya. Memang senang sangat sebab hanya menggunakan bahan bahan asas sahaja seperti telur, tepung gandum, minyak masak, susu pekat manis, gula castor, baking powder, ovallet dan vanilla esen serta pewarna. 


Jadi boleh la masing masing cuba. Nak jadikan bekalan untuk anak anak ke sekolah pon ok. Amacam?

Comments

Malinda said…
sedap kek ni lembut je kan...lama dah tak buat kek =)
emma marini said…
Betul tu, memang sangat lembut dan sedap. Pertama kali buat ni dan memang puas hati.

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick