LEGOLAND MALAYSIA

Tahun ni banyak kali juga kami ke Johor. Masa raya Cina lepas percutian 3 hari dua malam ke Johor. Masa tu kami ke Puteri Habour.

Tapi kali ni sebab ada wedding staff kak M. Jadi sekali lagi kami ke Johor. Macam seronok juga ke Johor banyak tempat  kami explore. Silap hari bulan mahu terlajak ke Singapore. hehe


Percutian ke JDT kali ini membawa kami ke LEGOLAND MALAYSIA. wah..tiket nak masuk menag mahal berdengung..ok MAHAL BERDENGUNG ya...sangat mahal!

Tapi Big Boss cakap takper lah dia bayar...Yes! akak turutkan aje..untuk kami 3 dewasa dan 4 kanak-kanak kos nya ialah RM600 plus.
 

Alhamdulillah hari yang dipilih sangat bagus, orang tak ramai jadi kami dapat naik semua ride takpa perlu beratur panjang..itu yang paling kak M risaukan, bayar mahal-mahal tapi tak dapat naik ride.

Cuma cuaca ketika itu tersangat lah panas. 

Ride yang pertama ialah Train...heeee, semua orang naik train ini. Dapat overview the whole LEGOLAND dan ianya sangat best sebab dapat elak dari panas membakar..huhu.

Train ni mengambil masa selama lebih kurang 15 minit aje
 

Tak tahu le kenapa Nuha macam ni..nak kata panas tapi tak panas pun, berangin aje....lapar agaknya..


hah..yang ini Kak M tak join sebab kena jaga Ahmad yang memang tak lepas naik ni. Hahha..Ahmad main lego dengan Mommy kat tepi tu. Wow! Exciting depa kata, macam nak luruh jantung. Hahahha, tapi katanya tak nak dah naik ni......huhu...berderau darah katanya. Dan memang basah lencun lah...ada baju hujan tapi kena beli lah hah semuanya duit dalam LEGOLAND ni..akhirnya basah pun basah le....


Hah..meh keringkan baju anda di sini. R<10aje..bayar lagi..apa yang buat , memang lencun kan....maka masuk ler beramai-ramai dalam tu untuk keringkan baju. Takkan pula nak beli baju baru kan..lagi le costing.


Ada juga aktiviti indoor. hmmm meh kita ramai-ramai bila lego. waaa Auntty Rina pon turut serta. Memang meleka dok dalam bilik ni. ta  pi best sebab ada Aircond..heeee ada je cara nak mengelak dari panas membakar..huhu



Sebenarnya ada contest sini, sapa sapa yang dapat beat kelajuan kereta yang terdahulu akan dapat hadiah....jom race!

Kat sini kami ambil gambar aje. ini adalah laluan nak naik ke Roller Coaster ...erkkkk tak nak mak.


Ini pun ambil gambar aje sebab kanak-kanak tak lepas ketinggian nak naik,


Akhir sekali jom kita ambil lesen memandu.Heee enjoy sangat depa ni dapat drive dan dapat lesen memandu


Hah...tengok tu, menyengih aje kan dapat bawa kereta.

pada kak M best lagi kot LEGOLAND LONDON...hehe
 

Comments

Malinda said…
betol2 dalam tu sume yg mahal dan saya pon taubat nasuha takmo naik roller coaster lagi pasni...jantung rase nak meletup...hihihi

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick