Kari Ikan Senangin


Menu hari ini ialah Kari Ikan Senangin. Ikan Senangin ni adalah antara ikan ikan yang kak M borong semasa di Pasir Penambang tempohn hari. memang benar rasa ikan nya jauh berbeza dengan ikan yang kita beli dipasaraya. isinya manis dan sedang sangat. tidak liat dan lembut. lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas huhu memang terbaik!


Senang aje nak masak Kari ni, jadi tak perlu lah Kak M nak letak resepi lagi. Kak M letak banyak bendi kali ni. huhu..tak perlu lagi masak sayur kan..dah ada bendi dalam kari tu. Dan kak M guna rempah kari dari Babas. Remaph ni pekat dan memang sesuai serta sedap untuk masakan kari. Kak M memang dah lama guna serbuk kari babas tu termasuk untuk masakan kari ayam dan kurma juga.
Jangan lupa tambahkan dauh kari, kayu manis dan pelaga untuk menaikkan lagi aroma kari ikan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick