Im in love with Pearl Haya


Kalau dulu Kak M ada buat review tentang Naelofa Hijab, kali ni kak M kongsi satu lagi koleksi Shawl Pearl Haya.

Sebenarnya kak M memang peminat tegar Pearl Haya sejak 3 tahun lepas lagi, selain D'Haja. Untuk Pearl Haya ni kak M suka fabrik yang mereka gunakan dan gabungan warna dalam setiap rekaan tudung yang mereka keluarkan.


Kak M tak pasti apa nama koleksi ini, tapi ianya adalah antara rekaan Shwl terkini dari Pearl Haya. Disebabkan bulan Januari adalah bulan hari jadi kak M maka kak M diberikan 30% untuk 3 helai tudung dari Pearl Haya dan ini adalah salah satunya yang kak M beli.

Memang sangat selesa memakainya dan senang serta boleh digayakan dengan apa sahaja jenis busana. Harganya dalam RM150 rasanya. dah buang pula tag harga dia sebab tak sabar sangat nak pakai shawl ini. hehhe

Ini sahaja perkongsian feshen hari ini. tata

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick