Taman Buaya Melaka
Ini memang sejarah..tak pernah terpikir nak pegang n peluk buaya bagai..hahahaha..anak buaya ni umurnya 3 tahun dan memang setiap hari dia akan di keluarkan untuk sesi bergambar.
geli atau seram....atau ngeri takut kena ngap. Abang Danish memang sangat berani. selesa aje dia peluk anak buaya tu.
hehehe.. Ahmad langsung buat tak heran aje nak pegang buaya tu,.....hehehe.
lokasi ini adalah di Taman Buaya Air Keroh Melaka.
Nak masuk sini pun jangan lupa bagitau ada warga emas jika adalah sebab ada special price untuk mereka ini dan kanak-kanak 4 tahun ke bawah
Macam-macam juga aktiviti ada di Taman Buaya Melaka ni. Ada Taman Miniature yang mempunyai model bangunan di Malaysia seperti Menara Kuala Lumpur dan A farmosa
Waktu ni cuaca memang sangat cantik..so gambar pun cantik cantik belaka.
Memang exited anak-anak, bergegas dari satu station ke station satu lagi..huh letih mak bapa bekejar takut terpelsang dari pandangan. Waktu ni orang tak begitu ramai jadi agak selesa berjalan-jalan dalam taman Buaya ni
Ini pula ialah Keretapi Dinasour..hehe..kena bayar RM3 seorang untuk satu ride..mesti le Daddy yang kena temankan depa..mommy dah keletihan seharian berjalan. ada kot 10 minit je ride keretapi ni..hehe
Dan akhir sekali kita jamu ikan makan...heee guna botol susu tu kemain exited bebudak ni, berebut-rebut yang suap ikan ikan ni...
Comments