Followers

Wednesday, July 16, 2014

Wall Deco yang biasa biasa aje

Daripada hampa dok sibuk comment stereng lock tu meh sini jalan-jalan ke teratak buruk kak M. Hehe. Ini adalah posting yang julung kali di adakan.

Almaklum semangat raya sudah mari, maka kak M gumbira sangat nak kongsi sikit-sikit tentang kediaman kak M yang tak seberapa ni.

Rumah kak M ni cuma teres dua tingkat ajer. 22x75 gitu.. dah extend habis sampai ke belakang. Bukan ler banglo mewah bagai..heee.

Hari ni kak M nak kongsikan hiasan hiasan dinding yang kak M ada. Susunannya tak banyak berubah sejak kak M menetap di sini. Kebanyakan barang adalah hasil mahsul dari carboot di UK hehhehe.


Dinding ni berada di ruang makan. Ruang ni tak besar mana pun. Asalnya ialah dapur tapi bila rumah ditambah ke belakang maka ruang ini dijadikan ruang makan yang dapat menempatkan meja makan 6 kerusi.

Pinggan bungaan hiasan tu memang kegilaan kak M. Pantang jumpa memang beli jer dan masalahnya dorang pun jual murah tu lah pasal..takkan la tak beli kan...hahha. pinggan pinggan ni boleh dapat semurah GBP1 aje..hah..takkan ko nak nengok jer kan.

Ruang dinding rumah kak M ni memang ler banyak hiasan pinggan bungaan ini. Cermin tu pun beli kat carrbot sale dengan harga cuma GBP5 aje..hee..bargain!


Ini juga sebahagian dinding di ruang makan. Kak M memang sayang sangat dengan koleksi gelas pendek Hard Rock Cafe ni. Memang setiap kali ke negara luar, jika ada Hard Rock Cafe memang lah akan beli gelas ini. Malangnya satu sudah pecah ketika kerja kerja renovation awal tahun dulu. Redho yo lah kan kan kan.


Huhu..tiang seri juga akak deco..ha jangan di biarkan ia sepi sendirian..maka hilang serinya nanti..hehe..pinggan lagi kan..apa boleh buat udah minat nya ke situ. Yang ini kak M beli sekali dengan holdernya yang sangat antik tu cuma RM5 aje..kalau tgk betul betul pinggan yang bawah sekali tu dah lain kan? Haha itu sebab yang asal udah pecah dek lasak anak-anak..maka akak redho yo lah.


Yang ini adalah satu satunya feature wall di ruang tamu kak M. Warna merah kau. Ha jangan marah!. Tapi memang warna ini menaikkan seri di ruang tamu ini. Nampak ruang ceria sokmo. Biasanya belakang pintu utama ni kita gantung kunci lah. Segala jenis kunci ada sini, kunci rumah, kunci motor, kunci kereta dan seangkatan dengannya. Pemegang kunci tu pun kak M beli di carboot semurah 5pence aje...hah Jah..mana nak cari lagik 5 kupang saja, kasi angkat lah. Lagi cermin tu di lokasi yang sangat sesuai. Sebelum keluar pintu rumah kasi touchup sikit pipi..heee..betukan tudung, sesenum sikit kasi confident sebelum keluar rumah..kaedahnya lah kan.


Hah kita balik semula ke ruang makan tertinggal pula dengan robok antik ni satu. Wall dresser namanya. Kak M display Old Country Roses collection di sini. Memang cantik sangat, but then sekarang ni function lebih kepada dust collection..hihi..penat wei dok lap habuk kat pinggan pinggan ni segala. Sekali ngelap..sehari mak selsema..gitu ler konsepnya .


Ok ini dari sudut yang satu lagi. Kak M ada gantungkan pewangi ruang kalau you olls perasan dalam gambar tu. Sesuaikan dengan bauan dapur yang agak.kompleks tu, jadi pewangi ini menstabilkan udara di sini..hehe..boleh gitu?

Nampaknya itu aje lah yang dapat Kak M kongsikan buat masa ini. Nanti kita tengok sudut lain pula yer..

Salam ramadhan penuh kemaafan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...