Followers

Wednesday, July 9, 2014

Tragedi Ramadhan 2014

Hari ini genap 11 hari berpuasa. Jam 3 petang tadi kak M dikejutkan dengan panggilan dari sekolah anak. Tengok jer nama sekolah yang keluar di skrin telefon terus berdebar debar dada.

Ya Allah jangan lah ada apa apa yang berlaku drngan anak anak. Hmmmm memang ada yang berlaku. Ustazah memaklumkan Amierul kecederaan akibat terlanggar pintu bilik darjah sehingga terbelah sedikit bibirnya dan pipi sedikit tercalar dan bengkak. Dan kala itu ustazah sedang merawat luka tersebut.

Allah!. Apa lagi dari tempat kerja terus kak M kemas barang balik terus ke sekolah anak.


Bila dah jumpa dia kat sekolah, aduhai memang sedih tengok walaupun luka yang kecik tapi nampak macam sakit juga. Tak berdarah banyak katanya dan tak sakit cuma rasa tak selesa sebab rasa macam bengkak.

Namun masih cekal berpuasa anak ini. Alhamdulillah.Kak M terus bawa dia ke klinik untuk rawatan lanjut. Alhamdulillah doktor cuba letakan gam pada tempat yang terbelah sikit tu agar ia bercantum seperti biasa.


Amierul memang nampak sedikit trauma, mungkin sebab masih terkejut. Rawatan di klinik tak mengambil masa yang lama. Cuma doktor pesan jangan kenakan air sangat pada luka tersebut. Maka minum air pon kena gina straw lah.


Begitu lah anak anak. Macam macam insiden berlaku. Syukur ya Allah kecederaan ini ini tidak begitu serius. Harus redha dengan setiap ujian. Sekarang harus perlu lebih berhati hati. Jangan terlalu seronok berlarian ke sana sini kerana malang iti tidak berbau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...